Rojak Daily Logo
Back to top

Plug-in: Lima Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Terdapat banyak karya menarik dihasilkan hanya menerusi aplikasi di telefon pintar.

0
comments
Plug-in: Lima Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!
Gabungan aplikasi telefon pintar dan perisian komputer mampu menghasilkan karya sebegini. (Gambar: Behance)
Sejak awal pembelajaran terutama di tadika, kita sudah didedahkan dengan subjek lukisan.
 
Siapa boleh lupa lukisan pemandangan yang mempunyai gunung, rumah, matahari dan burung yang menjadi kebiasaan ketika zaman kanak-kanak. Tidak ketinggalan lukisan orang lidi.
 
Bagaimanapun, itu hanya permulaan bagi memupuk minat dalam melukis. Saban tahun kita pula didedahkan dengan teknik lukisan yang lebih menarik dan kreatif.
 
Ketika di sekolah rendah, boleh dikatakan pensil warna jenama Luna dan Faber Castell pastinya menjadi dambaan semua murid sebelum beralih kepada jenama Buncho.
 
Semua itu kenangan yang pasti tidak boleh dilupakan ketika di zaman persekolahan. Mungkin ada yang masih meneruskan minat berkenaan, tidak kurang juga ada yang melakukan aktiviti melukis ini ketika di masa lapang.
 
Namun, pada zaman teknologi yang bergantung hampir sepenuhnya kepada telefon pintar dan tablet, terdapat banyak aplikasi yang sangat sesuai untuk mengembalikan minat berkenaan.
 
Bagi anda yang tidak mahu mensia-siakan bakat terpendam itu, Rojak Daily Skop! senaraikan lima aplikasi yang patut anda cuba:
 
1. ADOBE ILLUSTRATOR DRAW
 
Aplikasi melukis di bawah 'keluarga' Adobe.
Terdapat dua aplikasi melukis di bawah Adobe iaitu Illustrator Draw dan Photoshop Sketch.
 
Bagaimanapun, Illustrator Draw lebih sesuai kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih menyeluruh termasuk penggunaan layer dan pilihan pen sebanyak lima jenis dengan ciri boleh laras pada setiapnya.
 
Malah, anda boleh zum hingga 64 kali untuk melukis secara terperinci.
 
Apa yang menariknya aplikasi ini, ia juga boleh dibawa masuk ke komputer anda untuk disunting menggunakan perisian Adobe lain. Kemudahan ini membolehkan anda mencipta lukisan yang lebih hebat!
 
Anda boleh muat turunnya di sini untuk App Store dan Play Store.

2. ART FLOW
 
Antara aplikasi yang menyediakan banyak variasi berus.
Aplikasi ini berbayar tetapi fungsinya mungkin membuatkan anda terpaku seketika. Hanya menggunakan aplikasi ini, anda mempunyai 70 jenis berus untuk menghasilkan lukisan yang lebih terperinci!
 
Nampaknya aplikasi ini bukan biasa-biasa. Bagi ciri lapisan pula, ia membenarkan pelukis mencipta sehingga lapan lukisan bergantung kepada kemampuan atau jenis peranti yang digunakan.
 
Anda kemudian boleh mengeksport hasil berkenaan kepada format JPEG, PNG atau PSD untuk dibawa masuk kepada Adobe Photoshop.
 
Jika anda menggunakan peranti jenama Nvidia, anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan pen Nvidia Direct Stylus yang bakal membuatkan lukisan anda lebih mudah dan sempurna.
 
Anda boleh muat turut di sini untuk Play Store.

3. LEARN HOW TO DRAW
 
Aplikasi buat yang baru mengasah bakat.
Jika anda merasakan anda tidak mempunyai bakat tetapi masih berminat untuk melukis, aplikasi ini adalah yang paling tepat untuk memulakan perjalanan sebagai pelukis.
 
Aplikasi ini akan mengajar anda cara terbaik untuk melukis daripada perkara asas sehinggalah kepada professional.
 
Bagaimanapun, disebabkan aplikasi ini dihasilkan oleh pelukis komik terkenal Will Sliney, anda mungkin melihat kebanyakan gaya lukisan ini lebih menjuruskan kepada gaya komik.
 
Setiap minggu aplikasi ini akan mengeluarkan tutorial yang berbeza, jadi ia amat sesuai untuk mengasah bakat anda.
 
Anda boleh muat turun di Play Store.

4. PAPER ONE
 
Juga antara aplikasi buat mereka yang masih baru.
Aplikasi ini juga amat berguna kepada anda yang masih baru dalam bidang lukisan. Apa yang menarik tentang aplikasi ini, anda boleh meniru objek yang mahu dilukis menerusi penggunaan gambar.
 
Anda hanya perlu memasukkan gambar dan menjadikan ia sedikit kabur dan lutsinar. Anda kemudian boleh melukis mengikut garis, bentuk, dan perincian.
 
Teknik ini mengingatkan kita ketika zaman persekolahan dahulu yang sering menggunakan kaedah tekap dan lukis.
 
Aplikasi ini percuma tetapi terdapat beberapa ciri yang anda perlu bayar jika memerlukannya.
 
Anda boleh muat turun di Play Store.
 
5. SKETCHBOOK 
 
Lukis seperti pro dengan Sketchbook
Aplikasi daripada Autodesk ini boleh dikatakan agak ikonik kerana ia sudah bertapak ketika permulaan era telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS.
 
Malah, ia juga antara kegemaran ramai pelukis kerana fungsi yang menyeluruh selain turut disertakan versi percuma.
 
Anda diberikan 100 jenis berus dan satu daripadanya boleh diubah suai dan dilaraskan mengikut kesesuaian.
 
Selain itu, ia juga menyediakan fungsi lapisan, ‘blending’ serta 2,500 peratus zum.
 
Aplikasi ini dituju kepada individu yang serius untuk melukis memandangkan harga untuk versi pro adalah agak mahal.
 
Jika anda sudah bersedia boleh muat turun di sini untuk App Store dan Play Store.
 


SAMSUNG S PEN DAN APPLE PENCIL PILIHAN TERBAIK

Bagi anda yang mahu berkecimpung dalam arena lukisan digital ini, anda juga memerlukan beberapa gajet yang boleh membantu anda menghasilkan karya yang sempurna. Antaranya adalah penggunaan pen stylus!

Untuk kategori telefon pintar, anda disarankan menggunakan peranti yang mempunyai pen stylus yang membolehkan anda melukis secara terperinci tanpa kelihatan tebal dan comot.
 
Pilihan yang tepat adalah daripada siri Samsung Galaxy Note seperti Note Fan Edition dan Galaxy Note 8! Boleh dikatakan sehingga kini masih tiada telefon pintar yang mampu berdiri setaraf dengan peranti ini.
 
 Kegemilang Note masih belum berakhir.
Dengan penggunaan stylus digelar sebagai S Pen ini, lukisan anda akan lebih tepat kerana saiz tip pen berkenaan hanya 0.7 mililiter dengan level tekanan sehingga 4096!
 
Selain itu, jika anda mempunyai iPad Pro, anda boleh menggunakan Apple Pencil yang memfokuskan teknologi ProMotion.
 
Apple Pencil pilihan terbaik jika menggunakan tablet ipad pro.
Menurut Apple, dengan teknologi ini, tempoh masa garis yang dihasilkan oleh stylus ketika mennyentuh paparan skrin adalah sangat laju.
 
Selain itu, stylus ini juga menggunakan kadar tekanan untuk menentukan saiz garisan. Tekanan kuat akan menghasilkan garisan yang tebal manakala tekanan rendah akan menghasilkan garis halus.
 
Bagaimanapun, berbanding stylus daripada Samsung, Apple Pencil perlu dicaj selepas penggunaan selama 12 jam.
 
 
 
Comments