Rojak Daily Logo
Back to top

10 Soalan Sensitif Mungkin Anda Malu Bertanya Pada Doktor

Soalan mengenai berat badan dan kentut antara isu sensitif untuk dibualkan dengan doktor.

0
comments
10 Soalan Sensitif Mungkin Anda Malu Bertanya Pada Doktor
Malu nak tanya doktor? Dr Liyana dan Say boleh bantu! (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Tidak dinafikan ada di antara kita takut untuk berjumpa doktor dan lebih selesa untuk membeli ubat yang dijual di farmasi.
 
Apa jua alasannya, kita harus tahu doktor secara dasarnya bukanlah individu yang menakutkan sebaliknya berperanan untuk merawat pesakit.
 
Selain itu, ada juga isu yang mana pesakit agak malu untuk bertanya atau mendedahkan sakit sebenar yang dihadapi.
 
Akhirnya, mereka keluar dari klinik dengan 1,001 persoalan.

Bagi memudahkan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah dan penyakit dihadapi, Rojak Daily Skop! membawakan 10 soalan yang mungkin anda malu untuk bertanyakan kepada doktor.
 
Kesemua soalan ini dijawab oleh pakar perubatan Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin dan pegawai perubatan paling popular di media sosial ketika ini iaitu Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say.
 
1.  Adakah saya gemuk dan diklasifikasikan sebagai obes? Bukan tidak diet tetapi berat masih tidak turun.
 
Dr. Liyana (kiri) dan Dr Say (tengah) akan menjawab 10 soalan ini.
Dr. Liyana: Cara paling mudah adalah dengan mengira 'body mass index' (BMI) atau digelar Indeks Jisim Tubuh. Cara untuk kira BMI tidaklah susah, anda cuma perlu tahu berat dan tinggi sahaja. Anda boleh masukkan maklumat berkenaan kepada pautan BMI ini.
 
Ini kiraan MBI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan
BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul
BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan
BMI antara 30 atau lebih = Obes
 
Punca berat badan tidak turun pula ia mungkin disebabkan faktor permakanan yang tidak sihat. Ingat! 80 peratus pengidap obesiti disebabkan makanan. Ini bermakna jika anda bersenam tetapi turut mengabaikan jumlah makanan harian, berat ideal pasti sukar dicapai.
 
Selain itu, faktor sampingan seperti tiroid juga menjadi punca berat badan susah turun. Jika ingin kepastian dapatkan nasihat pakar nutrisi dan doktor.
 
2. Kenapa kaki dan badan mengeluarkan bau yang busuk. Adakah ia petanda badan tidak sihat?
 
Dr. Liyana: Kaki antara anggota badan yang kerap berbau kerana keadaannya yang lembab. Selalunya anggota ini tidak bersih dah mudah menghasilkan kulat.

Golongan lelaki antara yang kerap dilanda masalah ini kerana sering memakai stokin dan kasut tertutup. Berbanding wanita, kasut digunakan lebih terbuka.
 
Bagi badan pula ia berkait rapat dengan hormon dan juga saiz badan. Jika seseorang mempunyai masalah berat badan, mereka lebih cenderung berbau kerana keadan badan yang mudah berpeluh hingga menyebabkan bakteria berkumpul.
 
Dalam aspek kesihatan pula, badan berbau tidak semestinya penanda aras tidak sihat sebaliknya lebih kepada kebersihan diri.
 
3. Saya kentut terlalu kerap, adakah bahaya untuk kesihatan?

Tidak perlu malu bertanya kerana mereka akan memberi panduan kepada kesihatan anda. 
Dr. Liyana: Kentut penting kerana ia memberitahu kita yang pergerakan usus dalaman masih aktif. Namun, jika kentut terlalu banyak, mungkin terdapat jenis makanan yang tidak sesuai dengan individu berkenaan!
 
Sesetengah makanan tidak sesuai menyebabkan penghadaman tidak bagus, sekali gus menghasilkan banyak gas dalam perut.
 
4. Saya mempunyai masalah kegatalan di bahagian punggung, apa yang patut saya lakukan?
 
Dr. Liyana: Sama seperti kaki, punggung adalah anggota badan yang selalu lembab. Antara penyebab gatal adalah disebabkan jangkitan kulat.
 
Masalah ini banyak berlaku kepada mereka yang kerap berpeluh seperti atlet.

Selain itu, ia mungkin disebabkan masalah kulit kering seperti 'eczema' yang menyebabkan kegatalan. Jika serius lebih baik berjumpa doktor dan pesakit tidak sepatutnya berasa malu menghadapi masalah sebegini.
 
5. Masalah bau di bahagian sulit bagi wanita
 
Dr. Liyana: Bahagian berkenaan berbau disebabkan cecair yang keluar daripada faraj. Namun, jika terlalu berbau, selalunya ia disebabkan kuman dan bakteria.
 
Jika ada masalah berbau dan selalu rasa gatal silalah berjumpa dengan doktor dan sebenarnya ada rawatan mudah yang digunakan. Tidak perlu malu dalam hal ini.
 
6. Adakah ubat-ubatan untuk tenaga batin wajar diambil? Adakah doktor juga percaya?
 
Sudah bersedia dengan rancangan bual bicara mengenai perubatan?
Dr. Say: Khasiat dan keberkesanan tongkat ali dalam membantu meningkat tenaga dalaman lelaki telah pun dibuktikan menerusi banyak kajian oleh pakar di luar sana.
 
Bahan lain seperti viagra juga berkesan untuk membantu mereka yang mengalami masalah gangguan ereksi.
 
Namun, apa yang menjadi masalah dalam budaya masyarakat di Malaysia adalah mereka mengambil ubat-ubatan ini tanpa sebab munasabah.
 
Makan dua tiga biji dengan alasan suka-suka. Hakikatnya, kita tidak galakkan sampailah mereka benar-benar memerlukan.
 
7. Saya mengambil masa untuk membuang air kecil, adakah patut saya bimbang?
 
Dr. Say : Ini antara masalah pada individu yang mengalami masalah prostat iaitu lingkungan 50 tahun ke atas.
 
Selain mempunyai masalah untuk mula kencing, sesetengah pesakit mengalami kencing tidak puas. Mereka merasakan masih ada baki air kencing yang tidak dilepaskan dan adakalanya ia menitik-nitik selepas habis membuang air kecil.
 
Jika sudah berumur lanjut, doktor akan periksa saiz prostat menerusi dubur. Jika muda, kami akan periksa kualiti air kencing kerana ia berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman.
 
8. Saya mahu membina otot dengan cepat, jadi saya ambil protein tambahan. Bukankah protein berlebihan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang?
 
Teruja? Rancangan My Doctor bakal ditayangkan 19 Februari ini!
Dr. Say: Isu ini memang kontroversi kerana berkait rapat dengan masalah buah pinggang. Tidak dinafikan, protein boleh merosakkan buah pinggang apatah lagi pada mereka yang mengalami buah pinggangnya yang sudah rosak.
 
Namun, kebanyakan orang kita, main beli dan makan saja makanan tambahan. Sebab itulah kita mesti ambil tahu kondisi badan dan periksa dahulu sama ada buah pinggang rosak atau tidak.
 
Kadar protein diperlukan adalah 1 gram atau 2 gram untuk sekilogram .Contoh berat saya adalah 80 kilogram, jadi 160 gram proteinlah yang diperlukan.
 
9. Saya tidak makan sayur, jadi bolehkan saya hanya mengambil multivitamin kerana kebanyakan jenis vitamin itu juga datang daripada sayur.
 
Dr. Say: Kadar vitamin yang terkandung dalam multivitamin sangat rendah berbanding kadar tulen dalam sayur-sayuran.
 
Bagaimanapun, jika seseorang itu langsung tidak boleh sentuh sayur, kita sarankan mengambil vitamin ini sebagai pengganti.
 
Mungkin anda boleh mula dengan makanan yang lembut-lembut dan tidak pahit seperti kentang sebelum beralih kepada jenis sayuran seterusnya.
 
10. Setiap kali jatuh sakit, saya malu nak minta sijil cuti sakit (MC). Apakah syarat untuk mendapatkan MC sebenarnya?
 
Dr. Say: Kemalangan! Kemalangan memang kami akan berikan MC, tambah lagi kalau mengalami patah tangan. Mungkin MC terbabit akan lama jika serius, jika luka-luka mungkin sehari dua.
 
Sebaliknya, jika sakit yang tidak serius seperti batuk, selesema atau demam, ianya semua bergantung pada nasib anda. 'Good luck guys'!

BAKAL BERGABUNG DALAM PROGRAM DOKTOR!
 
Kesemua jawapan di atas hanyalah sebahagian daripada persoalan yang bermain di fikiran masyarakat kita ketika berjumpa dengan doktor. Pastinya, banyak lagi soalan yang ingin ditanyakan kepada mereka bukan?
 
Berita baik untuk anda, sebuah program terbaru yang memfokuskan kepada ilmu pengetahuan perubatan bakal disiarkan di Astro Ria dan Ria HD bermula 19 Februari ini.
 
Rancangan yang disiarkan pada setiap Isnin, jam 11 malam membabitkan 52 episod dan bakal membincangkan pelbagai topik dan isu semasa dalam bidang perubatan.
 
Jika anda pernah menyaksikan rancangan 'The Doctors' anda wajib menyaksikan 'My Doctors'.
 
Selain menampilkan Dr. Liyana sebagai pengacara, rancangan ini turut menampilkan beberapa doktor terkemuka lain termasuk Dr. Zainal Adwin, Dr. Eliza Mohd Noor, Dr. Faruqi Uzair, Dr. Beni Rusaini, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Shazril Shaharuddin.

DR. LIYANA PERTAMA KALI MENGACARA
 
Nak tengok bagaimana doktor menjadi pengacara? Tunggu 19 Februari ini.
Menurut Dr. Liyana, menjadi impiannya untuk memberi pendedahan berkaitan masalah kesihatan yang membelenggu masyarakat di negara ini.
 
Program ini diharap menjadi platform terbaik khususnya golongan muda untuk menimba ilmu dan pengetahuan mengenai kesihatan mereka.
 
“Jangan risau program ini tidak akan terlalu formal kerana kami lebih santai dan terma kesihatan juga tidak terlalu kompleks.

"Kesemua doktor yang terlibat lebih menonjolkan personaliti mereka supaya penonton lebih selesa menonton sambil mendapat informasi berguna,” katanya yang berkhidmat sebagai doktor sejak lebih 10 tahun.

DR. SAY KONGSI ILMU KECERGASAN DAN NUTRISI
 
Dr Say akan membincangkan topik kesihatan secara lebih mendalam.
Sementara itu, Dr. Say turut berkongsi perasaan teruja apabila beberapa topik kegemarannya akan dibincangkan dalam program, 'My Doctor'.
 
Menurutntya, selain isu kesihatan, masalah mengenai kehidupan seperti kemurungan dan buli siber juga akan dibincangkan.
 
My Doctors akan mengupas topik berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan,” katanya.
 
 
 
Comments