CLOSE
CLOSE

Ramai Rakyat Malaysia Cenderung Bunuh Diri?

Pendedahan sebuah NGO terhadap aduan yang diterima daripada orang ramai cukup membimbangkan.


  • Share:

Ramai Rakyat Malaysia Cenderung Bunuh Diri?
Segelintir individu mengambil jalan mudah menyelesaikan tekanan yang dihadapi dengan cara membunuh diri. (Gambar: bluntmoms.com)
Sama ada kita percaya atau tidak, ada dalam kenalan kita berdepan masalah emosi yang menjurus pada depresi dan kemurungan. Jika sebelum ini masalah atau penyakit sebegini lazimnya dikaitkan dengan golongan wanita tetapi ia sebaliknya turut berlaku pada lelaki.

Statistik terbaru menunjukkan 27,000 panggilan dan emel direkodkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Befrienders pada tahun lalu yang merujuk pada masalah ini termasuk individu yang mempunyai perasaan mahu membunuh diri.

Jika jumlah itu merujuk pada bilangan individu, ini bermakna jumlah mereka yang bermasalah akibat sakit mental di negara ini adalah ramai.

Jika dibuat perbandingan dari tahun sebelumnya, jumlah ini menunjukkan kebimbangan pada masyarakat di negara ini kerana respons mereka yang bermasalah ini juga mencatatkan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Apa yang penting mahu dilakukan NGO ini adalah menyingkirkan stigma dan tanggapan negatif umum yang menjadi penghalang pesakit untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan sepatutnya.

Dalam mengatasi masalah ini, NGO ini sepertimana dilaporkan Harian Metro menyatakan pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit mental.

Pihak NGO ini bertindak membantu memberi panduan pada setiap individu agar memainkan peranan dalam membantu ahli keluarga atau rakan yang mempunyai kecenderungan ke arah kemurungan atau keinginan membunuh diri.

DI MANA BOLEH DAPATKAN RAWATAN?

Di hospital kerajaan misalnya mempunyai jabatan yang boleh menguruskan masalah sebegini iaitu menerusi perkhidmatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental. 

Sebagai contoh, jabatan ini yang berada di Hospital Sungai Buloh, Selangor antara lokasi yang menawarkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan pada individu terbabit.

Rasional di sebalik penubuhan jabatan ini adalah mahu menekankan psikiatri adalah suatu jenis penyakit biologikal dan sewarjarnya pesakit itu menerima rawatan dengan mudah dan cepat agar dapat mempertingkat kualiti kehidupan ke arah lebih baik.

Apa yang jabatan ini lakukan antaranya memberi 'psychoeducation' kepada pesakit dan keluarga pesakit mengenai jenis penyakit dan rawatan yang perlu diberi kepada pesakit.

Menurut laman sesawang rasmi, Hospital Sungai Buloh, sebanyak 12 perkhidmatan yang disediakan jabatan ini iaitu:
  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
  4. Perkhidmatan Liaison Psychiatry
  5. Perkhidmatan Klinik Metadone
  6. Perkhidmatan Psikiatri Kanak – Kanak & Remaja
  7. Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas dan Klinik Memori
  8. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif
  9. Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Kerajaan
  10. Pusat Kesihatan Mental Komuniti (Mentari Sungai Buloh) dan Sokongan Pekerjaan
  11. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Pelawat di Hospital Tanjung Karang dan Penjara Sungai Buloh
  12. Perkhidmatan Psikoterapi

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top