CLOSE
CLOSE

Rancang Perjalanan Anda Sempena Perayaan Thaipusam!

Lebih 15 jalan terlibat dalam penutupan secara berperingkat.


  • Share:

Rancang Perjalanan Anda Sempena Perayaan Thaipusam!
Beberapa jalan akan ditutup, jadi rancanglah perjalanan anda. (Gambar: Twitter)
Esok seluruh penganut agama Hindu akan menyambut perayaan Thaipusam bagi menghormati dewa mereka iaitu Dewa Murugan.
 
Pada hari berkenaan sebahagian penganut ini akan menjunjung susu yang diisi di dalam belanga dan kemudian akan berarak menuju ke kuil.

DITUTUP SECARA PERINGKAT
 
Penganut Hindu akan menjunjung belanga berisi susu.
Jika di Kuala Lumpur, pastinya Gua Batu Caves antara lokasi wajib penganut ini. Mereka akan berarak beramai-ramai secara perlahan-lahan menuju ke kuil berkenaan.
 
Bukan hanya kaum India, malah kaum lain turut menyertai perayaan terbabit dan itulah keunikan hidup berbilang bangsa di Malaysia.

Namun, bagi memastikan perayaan terbabit berjalan lancar, pihak berkuasa akan melakukan penutupan jalan secara berperingkat di sekitar ibu negara.
 
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya, beberapa jalan akan ditutup pada hari ini, Khamis dan Jumaat ini.

LEBIH 15 JALAN YANG TERLIBAT
 
Menurut Zulkefly menerusi Berita Harian pada Khamis ini jalan akan ditutup dari jam 4 petang hingga 2 pagi keesokannya bagi perjalanan dari kuil Sri Subramaniar ke kuil Sri Maha Mariamman.
 
Laluan yang terlibat adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, dan Jalan Raja Laut.
 
Selain itu Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves juga antara yang bakal ditutup.
 
Bagaimanapun, kesemua penutupan jalan ini dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan akan dibuka semula selepas perarakan selesai.

Senarai jalan yang akan ditutup.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top