Rojak Daily Logo

Kadar Parking Di Kuala Lumpur Naik!

0
comments
Kadar Parking Di Kuala Lumpur Naik!
Kasihan orang Kuala Lumpur. (Gambar: thecoverage.my)

Berkuatkuasa semalam, kesemua parkir milik pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dinaikkan dan meningkat sebanyak 150% menurut portal The Star. Kenaikan ini yang dahulunya 80 sen bagi sejam pertama, kini meningkat kepada RM2 sementara jam kedua dan seterusnya dikenakan RM3. 

Gambar: Malay Mail

Kawasan-kawasan yang terlibat kebanyakan adalah yang berada di kawasan pusat perniagaan seperti Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Namun, kawasan luar pusat perniagaan yang turut dikenakan kenaikan harga termasuklah Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak. 

Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesesakan dalam bandar apabila ramai digalakkan berkongsi kereta dan bukannya demi mengaut keuntungan. Selain berita kenaikan ini, kisah had maksimum parkir dua jam masih belum diputuskan lagi. 

Jadi, sudah bersediakah anda untuk berkongsi kenderaan untuk kemana-mana sahaja bagi mengelakkan pembayaran parkir yang mahal? Atau anda boleh mencuba menaiki pengangkutan awam untuk ke Kuala Lumpur.

 

Ini pula reaksi Netizen terhadap kenaikan ini.

 
 
Comments