Rojak Daily Logo
Back to top

Selepas Gunung Agung, Giliran Gunung Kusatsu Shirane Pula Meletus

Sehingga kini seramai 10 cedera akibat letusan gunung berkenaan.

0
comments
Selepas Gunung Agung, Giliran Gunung Kusatsu Shirane Pula Meletus
Letupan mengakibatkan runtuhan salji dan batu di pergunungan. (Gambar: 570news)
Tahun lalu kita digemparkan mengenai kejadian Gunung Agung di Bali, Indonesia yang meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Asap dikeluarkan ketika itu dikatakan setinggi, 1,500 meter.

‘Kemarahan’ gunung itu juga menyebabkan 16 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai terpaksa dibatalkan.

Akibatnya, kira-kira 2,000 penumpang terkandas di lapangan terbang tersebut.

10 CEDERA TERKENA SERPIHAN CERMIN

Pemandangan tasik berhampiran Gunung Kusatsu Shirane.
Tahun ini pula Gunung Kusatsu Shirane di Jepun turut dilanda bencana yang sama apabila ia meletus sekitar pagi ini.

Bagaimanapun, bencana kali ini menyebabkan kecederaan apabila 10 individu dilaporkan cedera.

Gunung terbabit mula mengeluarkan asap pada jam 9.59 pagi (waktu tempatan) sebelum meletus hingga mengakibatkan runtuhan salji.

Selain salji, batu pergunungan turut runtuh hingga memecahkan sebahagian cermin bangunan sebuah pusat pelancongan luncur salji popular yang terletak berhampiran.

Jarak runtuhan batu sekitar radius dua kilometer (km) dari gunung tersebut.

Akibatnya, serpihan berkenaan terkena beberapa individu yang sedang berada di kawasan bangunan terbabit.

AMARAN SKALA 5!

Pada masa sama, agensi Meteorologi Jepun menggesa penduduk berhampiran menjauhi Gunung Kusatsu Shirane selepas mengesan aktiviti gunung berapi.

Malah, amaran gunung berapi dikeluarkan agensi ditingkatkan daripada 3 kepada skala 5.

Untuk makluman, Gunung Kusatsu-Shirane berada pada ketinggian 2,160 meter dan terletak berhampiran batasan Gunma dan Prefektur Nagano. Ia merupakan satu daripada 50 gunung berapi yang dipantau oleh agensi meteorologi negara itu.

Difahamkan mangsa yang terbabit terdiri daripada penduduk sekitar dan pihak berkuasa masih mendapatkan angka jumlah sebenar individu yang terjejas akibat letupan gunung berapi berkenaan.
 
 
 
Comments