CLOSE
CLOSE

Pelamin Lebih Curi Tumpuan Berbanding Pengantin

Satu pasangan Raja Sehari memilih karakter kartun Doraemon dan Hello Kitty sebagai tema persandingan mereka.


  • Share:

Pelamin Lebih Curi Tumpuan Berbanding Pengantin
Inilah pelamin yang tular baru-baru ini. (Gambar: Seriheza)

Menjadi kebiasaan masyarakat Melayu apabila menghadiri majlis perkahwinan untuk bergambar bersama mempelai atau pasangan pengantin.
 
Bagi tetamu, tidak lengkap rasanya jika tidak bergambar di majlis persandingan pengantin. Malah, pastinya ada yang sanggup beratur untuk mendapatkan gambar kenang-kenangan.
 
Namun, kisah yang berlaku di Meru Klang ini lain pula ceritanya apabila bukan pengantin yang menjadi tumpuan sebaliknya pelamin pula yang menarik perhatian.
 
PELAMIN UNIK KARAKTER KARTUN
 
Minat menyatukan mereka di atas pelamin ini.
Beberapa hari lalu, tular gambar majlis perkahwinan pasangan Saiful Nizam Hassa, 35, dan Nur Sakeena Kamarol Zaman, 24 apabila dikongsi ramai netizen di media sosial, Facebook.
 
Majlis perkahwinan mereka tular berikutan pelamin yang digunakan mengangkat tema karakter kartun popular Doraemon dan Hello Kitty.
 
Difahamkan pelamin indah terbabit dihasilkan perancang perkahwinan dan fotografi, Seriheza.
 
Jika anda lihat pelamin yang dihasilkan, agak menarik apabila karakter Doraemon yang mewakili pengantin lelaki digabungkan dengan kecomelan Hello Kitty bagi pengantin perempuan.
 
Selain menampilkan beberapa patung kedua karakter kartun itu, pelamin turut dihiasi dengan susunan bunga yang dihiasi dekorasi berwarna merah jambu dan ungu.
 
Tidak hairanlah jika tetamu terpesona dengan kecantikan pelamin berkenaan. Siapa yang tidak suka dengan Doraemon dan Hello Kitty bukan?
 
Malah, ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar ‘photo booth’ dan barangan hantaran kedua pengantin juga menggunakan eleman kartun yang sama.
 
PELAMIN LEBIH JADI PERHATIAN
 
Menurut pengantin perempuan, Nur Sakeena, pemilihan pelamin bertemakan kartun itu adalah hasil persetujuan bersama. Ini kerana mereka turut berkongsi minat terhadap karakter kartun tersebut.

Menerusi Facebooknya, Nur Sakeena berkata, dia meminati Hello Kitty manakala suaminya meminati Doreamon. 

Biarpun hanya memberi cadangan untuk menggunakan tema kartun itu melalui WhatsApp, namun hasil pelamin terbabit amat memuaskan hatinya.


Sementara itu menurut pengantin lelaki, dia juga tidak menyangka idea berkenaan menjadi tumpuan tetamu yang hadir hingga ada yang tidak sabar untuk bergambar dengan pelamin.
 
“Sebaik saya turun dari pelamin, ramai yang serbu nak bergambar. Ingatkan nak bergambar dengan kami, rupanya dengan pelamin,” katanya seperti dilaporkan Mstar.
 
Jelasnya, dia tidak kisah dengan situasi berkenaan kerana memang tujuan mereka adalah mahu menggembirakan tetamu yang hadir.
 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top