CLOSE
CLOSE

PRU14 Hampir Tiba Tapi Apa Cerita 3.6 Juta Rakyat Malaysia?

Jumlah individu yang tidak mendaftar sebagai pemilih sangat membimbangkan.


  • Share:

PRU14 Hampir Tiba Tapi Apa Cerita 3.6 Juta Rakyat Malaysia?
Masa untuk mengundi semakin hampir. (Gambar: Twitter)
Tahun 2018 boleh dianggap agak getir bagi sesetengah pihak terutamanya kerajaan yang memeritah kerana tahun ini sesi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.

Jika anda yang masih belum tahu, Parlimen dijangka bersidang buat kali terakhirnya bermula 5 Mac ini hingga 5 April sebelum memberi laluan kepada pembubaran.

Tempoh persidangan mengambil masa 20 hari dan kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU14.

Ini bermakna PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran tersebut.

MASIH RAMAI BELUM DAFTAR PEMILIH

Kesedaran pemuda dan pemudi untuk keluar mengundi masih kurang.
Namun, dikala kita sedang sibuk memikirkan perihal PRU14 ini, tahukah anda sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih?

Ya, angka ini amat mengejutkan dan jumlah terbabit dikira sehingga September tahun lalu.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, jumlah yang belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas amat membimbangkan.

Tambahnya, jumlah dalam Daftar Pemilih sehingga suku ketiga 2017 adalah seramai 14.8 juta orang.

“Jelasnya, tempoh pendaftaran pemilih suku keempat tahun lepas, SPR menerima 212,042 pendaftaran pemilih baru manakala lebih 72,000 permohonan untuk pertukaran alamat,” katanya kepada Bernama.

SEMAK PENDAFTARAN ANDA!

Untuk makluman anda, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) akan dipamerkan selama 14 hari mulai esok sehingga 30 Januari ini di 961 tempat pameran di seluruh negara.

Bagi anda yang baru saja mendaftar pada Oktober, November dan Disember lalu, anda disarankan menyemak status pendaftaran di lokasi berdekatan.

Bagi pemohon yang mendapati namanya tidak tersenarai dalam Rang DPT itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang SPR atau semak menerusi aplikasi MY SPR.

Untuk pertanyaan mengenai pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017 pula anda boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88927018 atau mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top