Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Plug-in: Cuaca Tidak Menentu, Anda Mungkin Perlukan Samsung Galaxy A8

Fungsi kalis air dan swafoto yang ditonjolkan menepati kehendak pengguna pada masa kini.

0
comments
Plug-in: Cuaca Tidak Menentu, Anda Mungkin Perlukan Samsung Galaxy A8
Jangan bimbang jika anda menggunakan Samsung Galaxy A8 terjatuh ke dalam kolam yang mempunyai paras tiga meter sebab ia adalah telefon pintar kalis air. (Gambar: Rojak Daily Skop!)

Samsung Malaysia Electronics (SME) memulakan perjalanan tahun baru mereka dengan melancarkan dua telefon pintar di bawah siri A iaitu Galaxy A8 dan A8 Plus (A8+).
 
Sejak dua tahun lalu, siri A memfokuskan telefon pintar dibawah harga pertengahan dan pada masa sama menawarkan fungsi seakan ‘flagship’.
 
Menariknya bagi siri A ini, Samsung dilihat lebih memfokuskan aspek swafoto bermula Galaxy A edisi 2016 yang lalu. Mungkin swafoto antara fungsi paling diminati ramai pengguna di seluruh dunia.
 
Jadi apakah yang menariknya bagi produk Samsung Galaxy A8 dan A8+ ini?
 
FUNGSI SWAFOTO DENGAN KESAN ‘BOKEH’
 
Terdapat dua variasi bagi siri A8 ini.
Samsung Galaxy A8 dan A8+ hadir dengan dua saiz skrin berbeza iaitu sebesar 5.6 inci dan 6 inci yang menggunakan panel AMOLED beresolusi 1080p.

Sama seperti model Samsung Galaxy S8, paparan skrin telefon ini juga digelar sebagai ‘Infinity Display’
 
Menggunakan cip pemprosesan lapan teras, kedua peranti ini dipadankan dengan RAM sebesar 4GB bagi Samsung Galaxy A8 dan 6GB (A8+).
 
Bateri pula 3,000 mAh digunakan Samsung Galaxy A8 manakala Samsung Galaxy A8+ berkapasiti 3,500 mAh. Jadi, untuk anda yang mahukan jangka hayat lebih lama boleh memilih versi plus.
 
Namun, apa yang menarik bagi kedua model ini terletak pada fungsi kamera hadapannya yang menawarkan kesan bokeh.
 
Kamera depan peranti ini dilengkapi sensor 16 Megapixel (MP) dengan apertur f/1.9 dan satu lagi sensor 8 MP apertur f/1.9.
 
Menurut Samsung, sensor ini membolehkan imej subjek yang dihasilkan lebih tajam dan pada masa sama mengaburkan bahagian belakang bagi memberi kesan ‘bokeh’. Fungsi ini digelar sebagai 'Live Focus' yang boleh dilihat pada Samsung Galaxy Note 8 sebelum ini.
 
Bagi kamera belakang pula, peranti ini menawarkan sensor 16 MP dengan apertur f/1.7. Selain mampu mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya, sensor ini juga dilengkapi penstabilan imej digital yang mampu mengurangkan gegaran ketika merekod video.
 
BOLEH SWAFOTO KETIKA HUJAN

Galaxy A8 di kiri manakala A8 Plus di bahagian kanan.
Berbanding kadar tetapan IP67 yang hanya boleh dimasuki air pada paras kedalaman satu meter, kedua model ini pula lebih hebat kerana dilengkapi IP68.
 
Ini bermakna anda tidak perlu bimbang dengan cuaca hujan di Malaysia yang tidak menentu ataupun terjatuh ke dalam kolam yang mempunyai paras tiga meter!
 
Samsung Galaxy A8 dijual pada harga RM1,799 manakala A8+ (RM2,499). Warna yang ditawarkan pula adalah emas, hitam dan ‘orchid grey'.
 

 
 
Comments