Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Suudu Logo
Back to top

Anda Boleh Terus Makan Keropok Udang Tanpa Ragu-Ragu

Sebuah kilang dari Gopeng didapati tidak mempunyai sijil halal.

0
comments
Anda Boleh Terus Makan Keropok Udang Tanpa Ragu-Ragu
Keropok udang antara snek kegemaran rakyat Malaysia. (Gambar: Purelyb)
Sejak seminggu lalu, kecoh di Perak apabila sebuah kilang yang menghasilkan makanan snek keropok udang popular didapati tidak mempunyai pensijilan halal.

Hal ini mendatangkan kebimbangan orang ramai khsususnya yang beragama Islam kerana keropok udang berkenaan agak popular di negeri terbabit. Malah, seluruh negara kenal keropok popular ini! 

Jika anda sering menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pasti melihat beberapa jenis keropok udang yang dijual di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Boleh dikatakan ianya snek popular jika pulang ke kampung.

Sudah tentu isu halal ini mencetuskan persoalan dalam kalangan masyarakat beragama Islam.


PEMERIKSAAN 65 PREMIS 



Bagaimanapun, anda tidak perlu terlalu bimbang kerana hanya satu daripada enam jenama produk keropok udang saja yang tidak mempunyai sijil halal.

Malah, ia disahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak selepas membuat pemeriksaan susulan kawasan tumpuan awam termasuk kawasan R&R Lebuhraya Utara Selatan di negeri itu.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa, Shamsul Nizam Khalil, pihaknya telah membuat pemeriksaan di 65 premis.

Hasil daripada pemeriksaan itu terdapat enam jenama produk keropok udang daripada pengeluar berbeza dan hanya satu tidak mempunyai sijil halal.

“Malah rekaan bungkusan yang digunakan pada semua produk juga adalah hampir sama. Semua produk keropok udang terbabit menggunakan penandaan logo halal.,” katanya kepada Berita Harian.

Jelasnya, hasil daripada pemeriksaan itu juga mendapati jenama keropok yang telah diambil tindakan pada minggu lalu juga sudah tidak dijual kepada orang ramai.

ISU BERMULA DI GOPENG

Sebelum ini, KPDNKK Perak dibantu pegawai Jabatan agama Islam Perak (JAIPk) menyerbu sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng kerana menggunakan logo halal palsu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Perenggan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Untuk makluman, hanya logo halal Malaysia boleh dilekatkan pada bungkusan selepas mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Tarif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Apapun, syabas kepada KPDNKK kerana bertindak pantas! 
 
 
 
Comments