Rojak Daily Logo

"Kau Nak Yuna Tolak Tendang Usher Bila Mamat Tu Cuba Nak Peluk Ke Apa?" - Netizen

0
comments
Duet Usher dan Yuna. (Gambar: YouTube)

Tidak habis kisah kejayaan Yuna dengan pencapaian terbaiknya, nama Yuna kembali panas apabila dilihat dia dipeluk Usher ketika berduet bersama!

 
Gambar: ohdunia.my

Kejadian ini berlaku apabila mereka berdua menyanyikan lagu duet ‘Crush’ ketika konsert tribute penyanyi Prince di The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat. 

Video ini tiba-tiba menjadi viral kerana ada pihak yang bising insiden peluk tersebut padahal video ini telah dimuatnaik oleh Yuna pada 9 Jun yang lalu. 

Apabila dilihat daripada video tersebut, tindakan Usher itu telah membuatkan Yuna menunduk hormat terlebih dahulu sebelum Yuna memeluknya sebagai tanda terima kasih. 

Usher yang pernah melakukan konsert di Kuala Lumpur pada 2010 bakal kembali membuat persembahan di Malaysia bersempena Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia dari 30 September hingga 2 Oktober depan.

Rata-rata netizen mengutuk perbuatan Yuna tersebut dan tidak kurang juga yang tampil membela Yuna dengan berpendapat banyak lagi adegan drama dan filem di Malaysia yang berpelukan.

 

 
 
Comments