CLOSE
CLOSE

Penat Bertarung, 'Son Goku' Akhirnya Memilih Untuk Berniaga Kuih

Aksi 'Atuk Goku' ini menarik perhatian netizen di media sosial.


  • Share:

Penat Bertarung, 'Son Goku' Akhirnya Memilih Untuk Berniaga Kuih
Son Goku ini memilih untuk berniaga kuih Penganang (Gambar : Roslan)
Sebut saja mengenai Son Goku, pasti anda yang lahir pada era 90-an terbayang kartun bersiri Dragon Ball.

Setiap pagi pada hujung minggu, pasti sudah terpacak depan televisyen menanti siri Dragon Ball ini. Watak paling best tentulah Son Goku!

Jika ada dalam kalangan anda yang rindu dengan watak itu, kemunculan seorang peniaga di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu baru-baru ini mungkin membangkit semula nostalgia zaman kanak-kanak.

SON GOKU BERUSIA 50 TAHUN

Jangan terkejut kalau terserempak dengan Son Goku ini.
Individu terbabit adalah Roslan Mustafa, 50, dan dia mencuri tumpuan media sosial apabila muncul berpakaian lengkap seperti watak Son Goku.
 
Aksi Roslan lengkap berpakaian Dragon Ball dengan rambut putih yang sedang membakar kuih penganang bukan saja mencuri tumpuan, malah turut mencuit hati ramai pengguna Facebook.

Apa yang menarik perhatian adalah bahan lawak yang dicipta berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh netizen.

Antaranya, kuih terbabit didakwa sebagai resipi keturunan Saiya dan kini diancam kepupusan selepas kemusnahan planet Vegeta (planet Son Goku).

Tidak kurang juga yang memanggil Roslan sebagai 'Atuk Goku'.




SUDAH BERNIAGA HAMPIR 20 TAHUN

Roslan ketika dihubungi Rojak Daily Skop! berkata, gambar dia memakai baju Dragon Ball itu menjadi tular di media sosial secara tidak sengaja apabila dimuat naik menerusi Facebook gerainya iaitu Kuih Penganang & Kuih Bakar Kak Rozy.

Jelasnya, pakaian itu diperoleh ketika dia bersama keluarganya berkunjung ke Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

Anaknya membeli beberapa helai baju daripada watak 'anime' terkenal termasuk Naruto dan Sasuke. 

"Anak saya pada awalnya malu untuk memakai baju terbabit. Akhirnya saya yang pakai dulu sebelum mereka ikut sama," katanya yang berniaga kuih penganang sejak 20 tahun.

Untuk makluman anda, kuih penganang adalah juadah tradisi masyarakat Terengganu. Kuih tersebut dihasilkan menggunakan telur, gula, tepung dan santan.

Kuih ini masih dihasilkan dengan cara tradisional dengan menggunakan arang api dimasak secara terbuka. Nampaknya bukan calang-calang orang pandai masak kuih ini melainkan 'Son Goku' versi Terengganu!

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top