CLOSE
CLOSE

Si Comel Berkepala Dua Ini Mungkin Bintang Sensasi Terbaru Di Internet

Sehingga kini 'page' Bettie Bee mempunyai hampir 40,000 pengikut.


  • Share:

Si Comel Berkepala Dua Ini Mungkin Bintang Sensasi Terbaru Di Internet
Superstar terbaru di internet ini hanya berusia 15 hari. (Gambar: Facebook Bettie Bee)
Pada 2 Disember lalu, kucing berasal daripada Afrika Selatan ini selamat dilahirkan. Sejak daripada itu jugalah kucing bernama Bettie Bee ini menjadi semakin popular dan hangat diperkatakan netizen.

Bagaimanapun, ia popular bukan kerana kecomelannya semata-mata sebaliknya lebih kepada keunikannya yang berkepala dua. Yup! Bettie Bee mempunyai dua muka dengan tiga mata, dua hidung dan dua mulut.


HAMPIR DIBUNUH OLEH DOKTOR HAIWAN

Comel bukan Bettie Bee?
Menurut laporan Today.com, permulaan kisah kucing ini tidak indah seperti yang disangkakan kerana ia hampir dibunuh oleh doktor yang merawatnya.

Sebaik saja Bettie Bee lahir, doktor haiwan mencadangkan Bettie Bee ini dimatikan kerana keberangkalian kucing ini tidak dapat hidup lama adalah tinggi.
 
Bagaimanapun, seorang wanita yang kini penjaga Bettie Bee membuat keputusan untuk cuba menjaga kucing berkenaan.

Sehingga kini kucing yang baru berusia 15 hari ini hidup sihat dan normal seperti kucing lain. Berat terkini dicatatkan adalah 200 gram.
 
Untuk makluman anda, Bettie Bee mempunyai dua mulut yang bersambung dan disebabkan itu kucing unik ini perlu diberi makan menggunakan tiub, setiap dua jam 30 minit.
 
Selain itu dua mata kucing ini masih tertutup dan hanya mata tengahnya saja terbuka.

KUCING PALING POPULAR KETIKA INI

 
Populariti Bettie Bee turut membuatkan penjaganya membuka 'page’ Facebook kucing berkenaan pada 18 Disember lalu.
 
Tidak sampai seminggu diwujudkan, ia sudah mempunyai hampir 40,000 pengikut. Malah, setiap video aksi Bettie Bee yang dimuat naik mencecah 80,000 tontonan.
 
Pada anda yang tidak tahu, kucing berkepala dua ini turut digelar sebagai kucing janus dan kebiasaannya haiwan ini tidak hidup lama.
 
Kucing janus paling tua pernah direkodkan hanya mampu hidup selama 12 tahun.
 
Kucing diberi nama Frank dan Louie mencatat rekod dalam Guinness Book of World Records pada 2011 sebagai 'Janus Cat' paling tua pernah hidup.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top