CLOSE
CLOSE

Individu Ini Perlukan Bantuan Anda Lunaskan Bil Hospital Cecah RM1 Juta

Seorang rakyat Malaysia diserang sakit jantung dan ditempatkan di hospital di California selama lima hari.


  • Share:

Individu Ini Perlukan Bantuan Anda Lunaskan Bil Hospital Cecah RM1 Juta
Kakitangan awam ini amat memerlukan bantuan dan sokongan rakyat Malaysia. (Gambar: Tasnim)
Bayangkan sekiranya anda ditimpa musibah ketika melancong dan kos rawatan yang dikenakan terhadap anda mencecah RM1 juta. Adakah anda mampu menghadapinya?
 
Itulah yang berlaku kepada Mohd Radzi Abd Hadi, 56, apabila dia diserang sakit jantung ketika melawat keluarga anak sulungnya di Phoenix, Arizona.
 
Penderitaan yang dialami Mohd Radzi ini menjadi tular sejak beberapa hari selepas mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Yuna.
 
Malah, entri anak perempuan Mohd Radzi iaitu Tasnim yang memohon bantuan orang ramai turut mengundang sebak. Permohonan bantuan itu ditulis di laman sesawang gofundme.
 
 

Today I visited @tasnimradzi and her family at the California Hospital Medical Center.. thanks to her friend @amirahsaad who DMed me about this Kedahan family from Alor Setar, Malaysia they were on their 1st family vacation in the U.S. when Tasnim's dad collapsed last week here in L.A, but Alhamdulillah the hospital was quick to treat him & saved his life ..now he's recovering! Also, so much love for LA based Malaysian students who offered their home to this family!! Any help is good will post more soon about this. Praying for a speedy recovery to uncle Radzi, it was great meeting you all, made me miss my little family back home😭❤️ also what kind of friend DMs a singer through IG asking to help a friend? the crazy kind, the best kind! Tasnim&Amirah y'all are friends for LIFE. I've to say I'd do the same for my friends too. EDITED//ps: @uber_my where you at?!!! #itsaMalaysianthing 🇲🇾#kedah

A post shared by Yuna (@yunamusic) on



SERANGAN JANTUNG SECARA TIBA-TIBA
 
Menurut Tasnim, kisah malang menimpa bapanya ini berlaku pada 9 Disember lalu. Bapanya diserang sakit jantung ('cardiac arrest') ketika dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Tempe, Arizona.

Sehubungan itu dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Dignity Health-California Hospital Medical Center. Bapanya dirawat di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar pada 17 Disember lalu.
 
Bagaimanapun, bil perubatan yang terpaksa ditanggung bukan sedikit, sebaliknya mencecah RM1 juta! Bil rawatan saja hampir RM800,000 dan ia belum termasuk caj pengurusan doktor dan lain-lain perkhidmatan.

Menurut Tasnim, mereka bukanlah dari golongan kaya apatah lagi dia dan bapanya yang berkhidmat di sektor kerajaan tidak mampu untuk melunaskan bayaran hospital berkenaan.
 
Insurans perjalanan mereka hanya menampung satu pertiga daripada kos rawatan dan mereka mendahulukan wang sebelum membuat tuntutan kemudian.

MOHON BANTUAN ANDA 

Mohd Radzi (kiri) sebelum diserang sakit jantung pada 9 Disember lalu.
Biarpun jumlah pembayaran hospital melambung tinggi tetapi ia tidak mematahkan semangat keluarga ini. Mereka sekeluarga sebeliknya berusaha mencari dana termasuk menerusi laman gofundme.com
 
Sehingga semalam (25 Disember), ini kutipan yang berjaya dikumpul.
 
Bank Islam - RM3,825 (AS$936)
Maybank - RM10,068 (AS$2,465)
Go Fund Me - RM20,937 (USD5,127)
 
Pada anda yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam, 12122020088470 milik Tasnim Mohd Radzi atau akaun Maybank, Abdul Rahimi Abdul Rahman 162487109218.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top