CLOSE
CLOSE

12 Kereta 'Kumbang' Lesap Dalam Tempoh 20 Minit!

Jualan menerusi platform Lazada ini membuktikan penerimaan orang ramai terhadap pembelian atas talian terus meningkat.


  • Share:

12 Kereta 'Kumbang' Lesap Dalam Tempoh 20 Minit!
Terjual hanya dalam tempoh 12 minit amat mengagumkan. (Gambar: VPCM)
Model ikonik Volkswagen Beetle sememangnya menjadi kegemaran ramai pengguna di seluruh dunia.

Menerusi reka bentuk klasik ‘kumbang’ yang elegan, siapa yang boleh menidakkan keunikan kenderaan mini ini.
 
Selain itu, penambahbaikan model Beetle dari hari ke hari menjadikan ia antara kereta paling diminati tidak tidak kira warga emas atau golongan muda.

Untuk makluman, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mencatat sejarah apabila 12 unit Beetle edisi terhad terjual hanya dalam tempoh 20 minit menerusi Lazada Malaysia.


JUALAN PERTAMA HANYA 26 SAAT

Anda hanya perlu membeli Welcome Kit di Lazada sebagai pra-pembayaran. 
Dijual dengan harga pasaran iaitu RM112,112 seunit, Beetle pertama dijual hanya dalam tempoh masa 26 saat sebaik jualan atas taliannya dibuka tengah malam tadi.
 
Terdapat dua rekaan pada edisi terhad ini iaitu Herbie 53 yang didatangkan dengan warna putih asli dan putih perak. Bagi Hot Bug, ia hadir dengan warna merah ('tornado red').
 
Untuk memiliki Beetle ini, pembeli hanya perlu membeli 'Welcome Kit' di Lazada sebagai yuran tempahan pra-pembayaran.
 
'Welcome Kit' tersebut mengandungi rantai kunci Volkswagen dan kad Touch & Go edisi terhad dengan nilai RM100.

KOLABORASI EKSKLUSIF SECARA ATAS TALIAN
 
Untuk makluman, kolaborasi secara eksklusif antara VPCM dan Lazada ini bermula pada 12 Disember lalu sehingga 14 Disember ini.
 
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya sangat teruja kerana dapat mencatat sejarah dalam kolaborasi secara eksklusif ini.
 
“Dapat menjual 12 unit kenderaan dalam tempoh yang singkat sangat menggembirakan kami. Pencapaian ini membuktikan bagaimana rakyat Malaysia menyambut baik pembelian secara atras talian,” katanya dalam satu kenyataan media.
 
Beetle edisi terhad ini turut menawarkan jaminan pengeluar dan bantuan jalan raya selama lima tahun. Bagi mereka yang sudah membeli kereta ini pastinya tidak sabar untuk membawanya pulang. Namun, mereka yang 'gigit jari' boleh tunggu hari lain pada masa akan datang.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top