CLOSE
CLOSE

Menantu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Meninggal Dunia

Allahyarham berumur 44 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.


  • Share:

Menantu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Meninggal Dunia
Salam takziah. (Gambar asal: Nurul Hidayah)
Lewat malam tadi, menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan suami kepada Ikon Belia, Datuk Nurul Hidayah iaitu Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi telah meninggal dunia pada umur 44 tahun.

Difahamkan arwah sedang menjalani pembedahan gigi di sebuah klinik di Bangsar pada pukul 6 petang dan kemudiannya tidak sedarkan diri. Beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut. Arwah kemudiannya dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam. Punca kematian belum lagi diumumkan secara rasmi namun mengikut laporan ini, arwah dipercayai meninggal dunia akibat kehilangan oksigen.

Nurul Hidayah sempat memuat naik gambarnya bersama arwah suaminya pada pukul 11 malam tadi dengan kapsyen yang sedih atas pemergian suaminya.
 
 

Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye Sayang.

A photo posted by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on


Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea. 
 
 

Thank u Grandpa for your precious time! ❤️

A photo posted by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on


Zahid Hamidi yang sedang berada di Jepun untuk lawatan kerja selama lima hari bergegas pulang sebaik sahaja mendapat khabar berita.

Menurut akaun Instagram Nurul Hidayah, jenazah suaminya akan dikebumikan Sg. Ramal Luar, Kajang jam 10 pagi. Bapanya, Zahid Hamidi dilaporkan telah tiba di Malaysia dan sedang menziarahi jenazah Allahyarham di Surau An-Nur, Country Heights.  Turut kelihatan di surau berkenaan ialah isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
 

Kami dari Rojak Daily mengucapkan takziah kepada Nurul Hidayah dan keluarganya dan semoga mereka tabah menghadapi ujian ini. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top