Rojak Daily Logo
Back to top

'Printer' Di Hujung Jari Anda, Motorola Lancar Polaroid Insta-Share!

Mesin cetak mudah alih ini akan dipasarkan secara global tidak lama lagi

0
comments
'Printer' Di Hujung Jari Anda, Motorola Lancar Polaroid Insta-Share!
Akhirnya Polaroid Insta-Share Printer ini bukan lagi khabar angin! (Gambar: Motorola)
Beberapa bulan lalu, khabar angin mengenai kewujudan kamera Palaroid yang dicantumkan di belakang telefon Motorola, tersebar secara meluas di Internet.
 
Seperti biasa, penggemar Palaroid ini tidak senang duduk dan mengharapkan ia bukanlah hanya sekadar khabar angin atau prototaip.
 
Namun, hari ini berita baik bagi anda yang gemar mencetak gambar, Motorola bersama Palaroid telah pun melancarkan ‘Polaroid Insta-Share Printer’ secara rasmi.

SOKONGAN FUNGSI MOTO MODS

Mencetak gambar kini lebih mudah dengan Moto Mod terbaru ini. 
Untuk makluman pembaca Rojak Daily Skop!, peranti ini hanya akan berfungsi dengan semua telefon pintar yang menyokong keupayaan Moto Mod (Modular).
 
Secara asasnya, Moto Mod adalah rangkaian peranti yang dihasilkan secara berasingan untuk digabungkan bersama telefon pintar Motorola. Antara yang pernah dihasilkan adalah kamera super zoom Hasselblad, projektor dan pembesar suara.
 
Moto Mod ini berfungsi apabila ia dicantumkan di belakang telefon pintar menerusi titik magnetik dan ‘Polaroid Insta-Share Printer’ adalah Mod keluaran terbaru mereka.
 
Apa yang menariknya, ‘printer’ ini mampu digunakan secara ‘on the go’ ketika kamera sedang digunakan. Anda hanya perlu ambil gambar dan kemudian cetak. Mudah bukan!
 
Selain  daripada telefon pintar, anda juga boleh mencetak gambar daripada Facebook, Instagram dan Google Photos. Anda boleh menyunting gambar dengan ‘filters’ dan juga text sebelum mencetak terus daripada palaroid ini.

KUALITI GAMBAR MENERUSI PROSES TERMAL

Gambar yang dicetak juga berkualiti tinggi 
Mod ini menggunakan kertas Zink sebesar 2 x 3 inci dan gambar yang dicetak tidak mudah kesat kerana ia tidak menggunakan dakwat sebaliknya dihasilkan menerusi proses termal.
 
Selain itu, ia juga kalis air dan paling menarik di belakang cetakan gambar ini turut menyediakan pelekat khas untuk anda tampal di dinding. Menarik dan memudahkan!
 
Bagaimanapun, harganya tidaklah begitu menarik kerana ia djual pada harga AS$200 (anggaran RM835.34). Ketika ini ia dijual di Amerika Syarikat menerusi Verizon dan akan dijual secara global tidak lama lagi.
 
 
Comments