CLOSE
CLOSE

Cyberjaya Pun Port Makan Okay! Ini Lima Yang Anda Patut Cuba

Tiada lagi istilah bandar bosan.


  • Share:

Cyberjaya Pun Port Makan Okay! Ini Lima Yang Anda Patut Cuba
Jangan terliur ya! (Gambar: Abe Mat)
Terletak di daerah Sepang, Selangor, bandar Cyberjaya ini dibangunkan daripada ladang kelapa sawit dengan keluasan 2,890 hektar.
 
Sehingga kini Cyberjaya menjadi lokasi utama kebanyakan syarikat multinasional termasuk BMQ, Shell, Nokia dan Motorola.

Bagaimanapun, di sebalik kepesatan pembangunan serba moden ini, tahukah anda Cyberjaya juga mempunyai port makan yang mengancam! Silap-silap boleh dapat gelaran ‘syurga makanan’.
 
Kami senaraikan lima lokasi di Cyberjaya ini yang sesuai untuk anda kunjungi tidak kira sarapan, santapan tengahari mahupun makan malam.
 

#1 RESTORAN MAKANG


Resipi asli Terengganu antara yang digemari penduduk Cyberjaya.
Lokasi pertama menjadi pilihan adalah Restoran Makang. Sebut Makang saja pastinya anda boleh agak resipi asal restoran adalah dari Terengganu! Tidak kira anak jati negeri ini atau sesiapa saja, masakan dari Pantai Timur sememangnya mempunyai ramai peminat.

Antara yang menarik untuk dicuba di restoran ini termasuk nasi dagang ikan tongkol, nasi minyak gulai ayam, nasi lemak, nasi kukus dan nasi kukus ayam cincang.
 
Restoran ini terletak di CBD Perdana 2, Jalan Perdana, Cyber 12 Cyberjaya. Ia dibuka setiap hari bermula jam 8 sehingga 10 malam.
 

#2 TSI SPORT ARENA FOOD COURT


Bagi penggemar sotong bakar, ini untuk anda!
Lokasi kedua yang menjadi pilihan adalah TSI Sport Arena food court. Siapa sangka, di sebalik pembangunan serba canggih, orang ramai yang bekerja di sekitar Cyberjaya masih boleh menikmati hidangan sotong dan ikan bakar.

Antara yang menjadi tarikan di sini adalah sotong bakar, ikan bawal dan siakap goreng cicah air asam. Selain itu ramai pelanggan memuji menu air asam boi kedondong dan jambu asam boi. Terbaik kata mereka!
 
Restoran ini terletak di  Jalan Usahawan 2, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor dan ia dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula 10.30 pagi hingga 4.30 petang.
  

#3  KETAM MANIS 'SEAFOOD'


Melihat saiz dan warna kuah ketam ini saja sudah terliur.
Jika anda penggemar ketam, ini restoran Chinese muslim yang wajib anda kunjungi. Antara yang menjadi ‘buruan’ pelanggan adalah menu ketam masak merah.

Melihat saiz dan menu ketamnya saja sudah membangkit selera. Malah, banyak lagi menu masakan laut disediakan di restoran ini.  Ketam dijual pada harga RM88 sekilogram.

Restoran ini terletak di No. 5 Cottage Walk, Off Persiaran APEC, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor. Restoran ini buka pada 11 pagi hingga 11 malam dan tutup pada Isnin.
 

#4 RESTORAN ABE MAT 


Nasi ayam dan ayam madu ini boleh antara yang paling digemari di sini,
Restoran ini sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan anda sekiranya menggemarkan makanan berasaskan ayam. Selain menu nasi ayam madu, hidangan nasi ayam gorang kampung dana ayam panggang juga menjadi pilihan pengunjung.

Menariknya, restoran ini ia turut menyediakan hidangan Kelantan dan Thailand secara bufet.
 
Restoran ini terletak di CBD Perdana 2, Cyberjaya.
 

#5 CAFE PUFFY BUFFY


Gabungan antara menu tempatan dan barat.
Jika anda mahukan menu makanan yang pelbagai, maka kafe ini paling sesuai untuk dituju. Selain masakan Melayu seperti nasi kerabu dan nasi briyani, kafe ini juga menyediakan menu makanan Barat seperti pasta serta pelbagai jenis manisan menyelerakan.

Antara ‘signature dishes’ kafe ini adalah masak lemak cili padi/tempoyak, nasi ayam nenek, dan Carbonara. Kafe ini terletak di DBD, Perdana 2, Cyberjaya dan dibuka setiap hari pada jam 7 sehingga 10 malam. 

Kepada yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai menu tempat makan menarik di Cyberjaya, anda boleh follow Twitter Twt Cyberjaya ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top