Rojak Daily Logo

Digi Kini Ada Pengguna Teramai Di Malaysia

0
comments
Digi Kini Ada Pengguna Teramai Di Malaysia
Siapa lebih menguntungkan pengguna?

Digi telah mengumumkan keputusan suku pertama 2016 dan mereka kini mempunyai pelanggan mudah alih paling ramai iaitu 12.34 juta orang. Ia telah meningkat sebanyak 5.5% daripada suku pertama 2015 (11.69 juta pelanggan) dengan penambahan bersih pada tiga suku berturut-turut. Maxis pula mempunyai 12.31 juta pelanggan menerusi keputusan suku pertama 2016 baru-baru ini. Namun, menurut Digital News Asia, untuk suku pertama 2016, Digi dilaporkan mengalami sedikit penurunan pendapatan iaitu RM1.56 Bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak RM1.58 Bilion. 

 

Gambar: pay.maxis.com.my
 

Maxis pula dilaporkan telah kehilangan satu juta pelanggan dalam jangkan masa setahun. Menurut laporan The Malaysian Reserve, dalam tahun ini sahaja pada tiga bulan pertama 2016, Maxis sudah kehilangan 400,000 pelanggan. Pakar analisis berpendapat keadaan ini adalah disebabkan oleh Maxis yang pernah menjadi syarikat telekomunikasi nombor 1 negara terlalu leka dan bertindak lambat terhadap perubahan pasaran. Pesaingnya seperti Digi dan Celcom dilihat cepat bertindak balas dengan pelan telekomunikasi lebih murah yang ditawarkan oleh U Mobile dan Tune Talk.

Buat masa ini Digi dan Maxis sahaja yang telah mengumumkan laporan suku pertama 2016. Sebuah lagi syarikat telekomunikasi popular negara, Celcom dicatat mempunyai 12.25 juta pelanggan pada tahun lepas. Apakah laporan suku pertama bakal menyaksikan mereka berada di tangga pertama, kedua atau ketiga?

 
 
Comments