Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Lima Aplikasi 'Tuner' Ini Bantu Anda Main Gitar Macam Profesional!

Kelima aplikasi ini mempunyai 'antara muka' dan fungsi berbeza yang cukup menarik.

0
comments
Lima Aplikasi 'Tuner' Ini Bantu Anda Main Gitar Macam Profesional!
Kewujudan telefon pintar kini memudahkan semua pihak termasuk yang meminati muzik. (Gambar: fendergarage)

Salah satu kegunaan telefon pintar satu ketika dulu adalah menggunakan mikrofon untuk menyelaraskan ‘tune’ gitar anda. Bagaimanapun, zaman sentiasa berubah dan aplikasi ‘tuner’ yang dihasilkan kini jauh lebih baik daripada kaedah konvensional.
 
Begitu juga dalam kalangan penggemar muzik, mereka juga sering mencari sesuatu aplikasi di telefon pintar yang boleh memberi suatu kepuasan pada mereka sendiri meskipun mereka bukanlah pemuzik profesional.

Rojak Daiky Skop! senaraikan lima aplikasi Guitar Tuner terbaik untuk anda.

Lima aplikasi ini akan memudahkan bakal 'Rock Star' berkarya!
 
1. BOSS TUNER

Ia adalah satu daripada aplikasi gitar yang serba boleh yang menyokong pelbagai instrumen termasuk gitar, bass, ukulele, biola dan cello. Selain itu juga 'interface' atau 'antara muka' aplikasi ini juga mudah difahami dan mempunyai penyelaras yang pelbagai. Jangan risau, aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma!
 
Aplikasi 'tuner' ini boleh dimuat turun di Google Play Store ataupun AppStore.

2. CHROMATIC GUITAR TUNER

Aplikasi ini antara gitar ‘tuner’ yang paling popular. Antara muka yang mudah dan menarik, aplikasi ini dapat berfungsi dengan lancar. Bukan hanya gitar malah ia juga menyokong instrumen bass, banjo, ukulele dan biola. Ia juga mempunyai ‘digital tuning’ jika anda memerlukannya.
 
3. CIFRA CLUB TUNER

Antara aplikasi gitar yang bagus untuk mereka yang baru ‘berjinak’ dengan instrumen muzik. Kelebihan pada aplikasi ini juga anda boleh melonggarkan atau mengetatkan ‘strings’ untuk mendapatkan ‘tuning’ terbaik. Selain gitar, ia turut menyediakan instrumen lain seperti cavaquinho (sama seperti ukulele). Malah, jika anda mempunyai jam tangan pintar, aplikasi ini juga boleh dimainkan di situ. Gempak!
 
4. DA TUNER

Aplikasi ini dianggap minimalis tetapi berkuasa apabila ia memerlukan. Ia mempunyai fungsi auto-sensitif, visual asas dan lain lagi. Seperti mana aplikasi lain, ia turut menampilkan beberapa instrumen seperti gitar, bass, ukulele, biola, cello, mandolin, pioano dan harp.

'Interface' yang minimalis dan mudah difahami.
 
5. FENDER

Fender Guitar Tuner juga antara aplikasi yang agak minimalis dan asas. Ia menyokong gitar dan bass. Aplikasi ini menyediakan sebanyak 22 variasi ‘tuning’ dan fungsi auto-tuning. Selain itu ia turut menyediakan fungsi penyelaras untuk mod akustik dan juga gitar elektrik.
 

 
 
Comments