CLOSE
CLOSE

Jangan Jadi Macam Saya, Menyesal Kemudian Tiada Guna

Netizen bersimpati dengan nasib seorang bayi yang ditimpa kecederaan.


  • Share:

Jangan Jadi Macam Saya, Menyesal Kemudian Tiada Guna
Seorang bayi menjadi mangsa akibat mainan bentuk monyet sehingga isi jarinya terpaksa dipotong. (Gambar: Shell Shukapooh - Facebook)
Sudah acapkali kita mendengar kes membabitkan kanak-kanak yang cedera akibat permainan. Memang sepatutnya ibu bapa mengawasi pergerakan anak terutama yang masih kecil.

Namun, bak kata pepatah malang tidak berbau. Satu kes terbaru mengakibatkan kuku dan isi jari seorang bayi lelaki berumur 1 tahun 4 bulan dipercayai berlaku di Sipitang, Sabah terpaksa dipotong akibat terkepit pada mainan.

Ibunya yang dikenali sebagai Chell Shukapooh memuat naik status dan gambar yang memaparkan anaknya sedang dirawat di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan susulan di laman sosial Facebooknya kira-kira jam 3 petang semalam dikongsi lebih 8,000 netizen.


TERPAKSA DIPOTONG

Menurut ibu bayi malang itu menyatakan kuku dan isi jari telunjuk anaknya, Danish, terpaksa dipotong kerana sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

"Ini anak saya... peringatan untuk ibu bapak di luar sana. Mainan ini sudah buat kuku dibuang dan isi jari anak saya dipotong sebab dah tak dapat diselamatkan.

"Ya Allah.. hanya dia yang mampu merasa sakit dan kekesalan di hati melihat anak menangis tak henti-henti disebabkan kecuaian diri sendiri," katanya.

Tambahnya, dia tidak menyangka mainan yang dianggap biasa itu mampu mengundang bahaya dan mencederakan anaknya.

"Tengok benda ini tak membahayakan tetapi inilah yang terjadi pada anak saya.. jari di masukkan dalam lubang kecik itu dan apabila dipaksa keluar, terkoyak hujung jari sampai nak terputus sebab mainan itu kuat bila tangan monyet tu ditekan.

"Hati-hati buat anak kecil di luar sana takut bila berebut mainan macam ini akn jadi benda yang sama," katanya.

Chell turut menasihat ibu bapa di luar sana supaya berhati-hati dan sentiasa memerhati anak ketika bermain.

"Kulit anak ni lembut memang senang sangat hancur sebab benda-benda yang kita anggap tak bahaya untuk mereka. Hati-hati ya... jangan jadi macam saya menyesal kemudian tiada guna," katanya yang terpaksa membawa anaknya setiap hari ke hospital untuk mencuci luka.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top