Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Samsung Galaxy Note 7 Buat 'Comeback', Pastikan Insiden 'Lama' Tidak Berulang

Telefon pintar Samsung ini menjalani 8 ujian saringan untuk menguji ketahanan bateri.

0
comments
Samsung Galaxy Note 7 Buat 'Comeback', Pastikan Insiden 'Lama' Tidak Berulang
Samsung Note FE membawa konsep ‘symmetrical design’ yang menjadikannya lebih selesa digenggam biarpun mempunyai paparan skrin besar. (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Samsung Galaxy Note Fan Edition (FE) kini bukan lagi rahsia! Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini secara rasminya mengumumkan peranti tersebut berada di pasaran. Satu perkara yang anda perlu tahu Samsung Galaxy Note 7 kini digelar Samsung Galaxy Note FE dan ia dibawa khas bagi memenuhi permintaan peminat 'Note' di Malaysia.

Untuk makluman, Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini dilancarkan pada Ogos tahun lalu, bagaimanapun ketika itu hanya unit pra tempahan saja sempat memasuki pasaran di negara ini.

Rojak Daily Skop! senaraikan 5 perkara menarik berhubung peranti ‘sensasi’ ini. 

1.  Lebih selesa

Tidak dinafikan Samsung Galaxy Note 7 antara peranti Samsung paling sempurna pada tahun lalu  berdasarkan beberapa faktor. Bagi Samsung Galaxy Note FE, spesifikasi ini masih sama dengan versi Samsung Galaxy Note 7 iaitu paparan QHD AMELOD bersaiz 5.7’, cip pemprosesan Exynos 8890, 4GB RAM, 12-Megapixel (MP) f/1.7 apertur untuk kamera utama dan 5MP untuk kamera hadapan. Selain itu rekaan agung model terbaru ini turut membawa konsep ‘symmetrical design’ yang menjadikan peranti lebih selesa digenggam biarpun mempunyai paparan skrin besar.

2. Kapasiti bateri 

Apa yang membezakan Samsung Galaxy Note FE ini adalah penggunaan bateri sebanyak 3,200 mAh. Kapasiti ini lebih kecil berbanding versi sebelum ini iaitu sebesar 3,500 mAh.  Jika ada yang bimbang berhubung fungsi yang agak ketinggalan, anda sebenarnya tidak perlu kerana segala fungsi pada S8/Note 8 kebanyakannya ‘dipinjam’ daripada versi Samsung Galaxy Note 7 terdahulu. 

3. Pengimbas mata

Selain fungsi S Pen, fungsi pengimbas mata atau Iris Scanner pada Samsung Galaxy Note 8 sebenarnya terlebih dulu digunakan pada Samsung Galaxy Note 7. Antara fungsi lain adalah penghasilan gambar beranimasi GIF dan juga pilihan untuk menentukan tahap resolusi paparan skrin.

Mungkin tidak ramai yang perasan segala fungsi pada S8/Note 8 kebanyakannya ‘dipinjam’ daripada versi Note 7 terdahulu.

4. Menyokong fungsi Bixby

Pembantu pintar Samsung dikenali sebagai Bixby mula diperkenalkan pada awal tahun ini menerusi Samsung Galaxy S8/S8+. Bagi Samsung Galaxy Note FE, fungsi ini masih diterapkan tetapi tiada butang khas diletakkan bahagian tepi peranti. Pengguna hanya ‘slide’ ke kiri paparan untuk mengaktifkan Bixby.

5. Ujian keselamatan menyeluruh

Samsung Galaxy Note FE menjalani sebanyak 8 saringan pada bateri bagi memastikan ‘insiden’ lama tidak berulang. Antara yang dilakukan Samsung adalah ujian ketahanan, ujian X-ray, pengecasan, TVOC dan beberapa lagi ujian secara komprehensif. 

Telefon pintar ini akan mula dipasarkan bermula 25 Oktober ini pada harga RM2,599. Model ini juga hadir dengan dua variasi warna iaitu Black Onyx dan Coral Blue.
 
 
Comments



Back to top