Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Rakyat Malaysia Obes Sebab Makanan 'Hipster'?

Ironinya seramai 2.6 juta populasi dewasa di negara ini mengalami obes.

0
comments
Rakyat Malaysia Obes Sebab Makanan 'Hipster'?
'Style' gambar seperti ini pasti sudah biasa terpampang di 'Timeline' sosial media anda. (Gambar: Hanafis Haris)

Saban hari, kita didedahkan dengan berita masalah penyakit kronik yang melanda masyarakat Malaysia. Isu kegemukan atau obesiti dilihat kian menular dalam kalangan masyarakat.

Mungkin kebanjiran makanan ‘hispter’ yang menyelerakan menjadikan masalah ini kian rumit untuk diatasi. Lihat saja ‘timeline’ di media sosial anda, penuh dengan gambar makanan lazat.
 
Jika 10 tahun lalu, obesiti hanya dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan kepada penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Namun, berdasarkan maklumat terbaru dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masalah obesiti juga membawa kesan buruk yang menyumbang kepada penyakit kronik lain.

Yum! Mungkin nampak sedap, namun kadar nutrisi juga perlu diambil kira (gambar hisasan).
 

KANAK-KANAK BERISIKO TINGGI

Berdasarkan kajian dibuat The Lancet Medical Journal, masalah obesiti meningkat secara mendadak berbanding pada tahun 1975.  Kajian terbabit mendapati 74 juta kanak-kanak lelaki mengalami obesiti pada umur 15 sehingga 19 tahun manakala perempuan seramai 50 juta.

Jumlah ini naik mendadak sebanyak 6 juta berbanding empat dekad lalu. Menariknya, kajian mendapati obesiti dalam kalangan kanak-kanak lebih tinggi di negara 'kaya' berbanding negara yang tinggi kadar kemiskinan. Lebih banyak duit, lebih kerap makan barangkali. 

Menerusi statistik dikeluarkan KKM melalui National Health Morbidity Survey, 15.1 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dikategorikan sebagai obes. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obes menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara.

Lebih menarik lagi, kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 juga menunjukkan 35 peratus daripada kira-kira 1.6 juta kakitangan awam di negara ini mengalami obesiti, lebih tinggi daripada kadar nasional iaitu 17.7 peratus.
 

DEFINISI OBESITI

Menurut KKM, obesiti adalah keadaan kompleks individu mempunyai lemak berlebihan. Difahamkan lelaki mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25 peratus manakala wanita 35 peratus. Cara untuk mengira kadar obesiti adalah menggunakan pengiraan Body Mass Index (MBI). Formulanya adalah BMI = Berat/Tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes.
 
Jika dilihat pada faktor menyebabkan masalah ini, ternyata ia lebih banyak daripada anda sangkakan. Selain umur, jantina, keturunan, punca lain adalah kurangnya aktiviti fizikal, faktor psikologi dan kesan ubat-ubatan seperti steroid.

Jika dulu situasi sebegini mungkin hanya berlaku di luar negara, namun kini semakin menjadi kebiasan di Malaysia.


Mungkin anda sering dimaklumkan supaya menjaga pemakanan dan juga disarankan untuk melakukan aktiviti bersukan untuk mengelak diabetis. Namun, langkah pertama yang perlu anda lakukan sebenarnya adalah menjalani ujian saringan obesiti.

Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit  boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Jika perlu, anda akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti. Semoga info dikeluarkan KKM ini berguna untuk anda semua memulakan gaya hidup sihat!
 

 
 
Comments



Back to top