Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dulu Tak Hairan Tapi Sekarang Anda Boleh Belanja 'Awek' Guna Jam Gear S3!

Berita baik, Samsung Pay kini boleh digunakan secara rasmi.

0
comments
Dulu Tak Hairan Tapi Sekarang Anda Boleh Belanja 'Awek' Guna Jam Gear S3!
Malaysia negara ke-11 menyokong Samsung Pay di dunia dan kini menyokong Gear S3.
Penggunaan kad debit dan kredit kini boleh diguna pakai melalui telefon pintar khususnya yang mempunyai fungsi Android Pay, Samsung Pay dan juga Apple Pay. Bagi Android dan Apple Pay, ia menggunakan terminal pembayaran baru berasaskan Near-field communication (NFC)  manakala Samsung pay mempunyai NFC dan Magnateic Secure Transmission (MST).
 
Kesemua pembayaran ini nampak sama tetapi kelebihan pada Samsung Pay terletak pada kaedah MST ditawarkan. MST boleh berfungsi dengan mesin terminal pembayaran lama yang tidak memerlukan anda ‘swipe’ kad. Ini bermakna jika kedai terbabit menyokong pembayaran debit, maka Samsung Pay juga boleh digunakan.

Keadah pembayaran menggunakan telefon mungkin sudah biasa, namun jam pintar amat jarang dilihat.

 

BAYAR PAKAI JAM

Samsung Pay disokong oleh kebanyakan telefon pintar Samsung khususnya ‘flagship’ mereka seperti Galaxy Note 8, Samsung S8 dan S8+, S7 Edge dan beberapa siri A.
Namun, apa yang menariknya kali ini anda boleh membuat pembayaran menggunakan jam pintar menerusi Galaxy Gear S3.

Hanya perlu dekatkan jam tangan berhampiran mesin terminal, maka transaksi pembayaran akan berjaya. Bayangkan anda belanja makan teman wanita atau lelaki dengan menggunakan jam pintar sahaja. Nampak canggih bukan?
 
Sebenarnya, jam pintar Gear S3 bukanlah baru di pasaran kerana ia sudah dijual sejak tahun lalu. Namun, mungkin pasaran jam tangan pintar yang kurang mendapat tempat di hati pengguna menyebabkan kita jarang melihat penggunaan jam tangan secara menyeluruh.  

Samsung Gear S3 mempunyai dua variasi iaitu ‘Classic’ dan ‘Frontier’ dan dijual dengan harga RM1,399. Rekaan edisi Frontier sedikit ‘rugged’ dan lasak manakala Classic lebih menumpukan pada rekaan elegan jam tangan asli. Kedua-duanya kelihatan premium dan dikuasakan dengan sistem operasi Tizen.

Berbeza dengan pembayaran NFC, keadah MST Samsung Pay lebih meluas.
 

MALAYSIA NEGARA KE-11 SOKONG SAMSUNG PAY

Samsung Pay masih ‘hijau’ di negara ini kerana ia baru saja dilancarkan pada Februari lalu. Sebelum ini, ia hanya digunakan dalam versi ujian beta iaitu pada Oktober tahun lalu. Menariknya, pembayaran ini menyokong kad debit dan juga kredit. Setakat ini Maybank, CIMB, Citibank dan Standard Chartered menyokong Samsung Pay dan beberapa bank lagi dijangka memasuki ‘jentera’ baru ini.

Memberi kelebihan, pada Julai lalu Petronas Dagangan Berhad (PDB) turut mengumumkan penggunaan Samsung Pay di 1,000 stesen mereka di seluruh negara. Kerjasama berkenaan menjadikan Petronas sebagai stesen minyak pertama menyokong pembayaran era baru ini. Keadah ini bukan saja selamat, malah turut memudahkan pembayaran di kaunter. Jadi, jika ke Petronas bolehlah cuba  bayar guna telefon atau jam pintar anda!
 
 
 
 
Comments