Rojak Daily Logo

Wanita Taksub Internet Cetus Masalah Rumahtangga

0
comments
Wanita Taksub Internet Cetus Masalah Rumahtangga
Awal pagi online dulu. (Gambar: intrigue.ie)
Tabiat wanita hari ini yang terlalu asyik melayan sosial media menjadi punca masalah yang melanda institusi keluarga dan mengabaikan kerja-kerja rumah, dakwa Ikatan Muslim Malaysia (Isma)

Presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, hal seperti ini mungkin membawa kepada peningkatan kadar penceraian selain daripada kurangnya kasih sayang anak-anak yang memerlukan perhatian ibu mereka. 

“Rangkaian media sosial ini telah memecahkan segala kesunyian. Walaupun mereka duduk di rumah dengan pintu yang tertutup, mereka masih boleh diakses dengan Internet yang meluas. Dalam pada itu juga, waktu lewat malam, mereka sepatutnya mengehadkan aktiviti di luar namun Internet tidak membataskan mereka”, katanya pada sidang media selepas merasmikan forum Isma Wanita.

Abdullah Zaik juga mendakwa bahawa sesetengah wanita terlalu taksub melayari media sosial sehingga mereka lupa untuk berkomunikasi dengan suami atau anak-anak mereka.

“Begitu banyak kes penceraian dilaporkan berpunca daripada wanita yang hanyut dengan hubungan sosial secara online sehingga mereka lupa pada tanggungjawab di rumah dan keluarga”, kata beliau lagi.

Gambar: www.huffingtonpost.ca


Para ibu di rumah seharusnya berperanan sebagai pendidik bagi anak-anak namun jika mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk online, anak-anak akan terbiar tanpa bimbingan yang secukupnya. Ibu perlu menjadi orang yang paling dekat dengan mereka. 

Tambah Abdullah Zaik lagi, feminisme telah ‘mengubah’ cara hidup wanita hari ini, menyebabkan mereka memilih untuk bekerja, bersosial sehingga mengabaikan keluarga dan rumahtangga. Feminisme adalah konsep yang mungkin sesuai di negara barat dan bukan di Malaysia. 

Beliau menggesa wanita untuk tidak ditenggelami oleh sikap feminisme ataupun Internet dan sebaliknya, berikan tumpuan kepada keluarga.

Sumber: The Malay Mail

 
 
 
Comments