Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Cukup-Cukuplah Percaya Mitos Bateri Telefon Pintar!

5 mitos mengenai bateri telefon pintar yang selama ini menghantui ramai pengguna.

0
comments
Cukup-Cukuplah Percaya Mitos Bateri Telefon Pintar!
Telefon pintar hari ini lebih pintar dari anda sangkakan. Panduan fakta ini mungkin mengubah cara anda menjaga bateri anda (Gambar:3.bp)

Mungkin tidak ramai yang tahu kebanyakan jenis bateri digunakan telefon pintar hari ini adalah daripada jenis lithium-ion. Menariknya, bateri jenis ini bersifat seperti manusia iaitu amat sensitif dengan keadaan sekeliling.

Malah, jangka hayatnya juga tidak lama sekiranya dibebani tekanan yang melampau atau 'bekerja' dalam tempoh terlalu lama. Terdapat beberapa mitos berkenaan bateri yang masih menjadi kepercayaan pengguna telefon pintar baik iOS mahupun Android.

Bateri jenis lithium-ion agak sensitif kepada tekanan dan suhu.

Rojak Daily Skop! menyenaraikan beberapa mitos dan fakta dikongsi laman sesawang portal Android Authority dan juga syarikat pengeluar bateri, Cadex yang menggelarkan mereka sebagai Battery University.

 
1. Terlebih cas atau ‘overcharging’, bateri akan mengelembung dan meletup!

Telefon pintar hari ini sebenarnya lebih pintar daripada apa yang anda sangkakan. Memang benar ini antara perkara yang menjadi kepercayaan pengguna telefon pintar sehinggalah hari ini. Jika membiarkan telefon dicas seratus peratus dalam tempoh lama, bukan hanya ketahanan bateri akan berkurang, malah lebih teruk lagi, bateri akan meletup.

Sebenarnya, tiada masalah membiarkan telefon anda dicas semalaman kerana telefon pintar mempunyai sistem pengurusan kuasa dan akan mengesan sekiranya bateri sudah dicas penuh. Malah, telefon secara automatik akan menyelaraskan pengecasan kepada ‘trickle charge’ sekiranya mencapai kadar sepatutnya.
 
2. Kerap mengecas, bateri jadi rosak

Bateri anda sebenarnya akan lebih ‘gembira’ jika ia kerap dicaj. Menurut 'Battery University', anda disarankan untuk mengecas bateri setiap kali mengalami pengurangan 10 peratus. Biarpun ia nampak agak merumitkan tetapi ini mungkin antara 'tips' yang mampu memanjangkan jangka hayat bateri. Dalam bahasa mudahnya, caslah telefon anda selagi mampu!

Anda disarankan untuk mengecas bateri setiap kali berkurang 10 peratus.
 
3. Suhu panas, bateri mudah rosak

Ya, telefon anda perlukan pelindung cahaya matahari. Bateri telefon pintar agak sensitif kepada suhu panas. Malah, jika terlalu panas peranti akan secara automatiknya mematikan telefon. Penulis pernah mengalami iPhone terpadam secara tiba-tiba ketika sedang digunakan dalam keadaan panas terik.

Selain itu 'Battery University' juga menyatakan anda disarankan menanggalkan ‘casing’ ketika mengecas supaya haba tidak terperangkap di sekeliling peranti. Jika anda berada diluar, lindungilah telefon anda dari sinaran cahaya matahari.
 
4. Guna telefon sambil cas

Tiada bukti kukuh untuk menyatakan ia sesuatu yang berbahaya. Perkara ini banyak kali menjadi pendebatan ‘tech-savvy’ sama ada pengunaan keadah ini bahaya atau sebaliknya. Kebanyakan pihak berpendapat menggunakan telefon pintar semasa mengeas boleh membuatkan peranti anda ‘meletup’.

Secara amnya, tiada bukti kukuh berhubung dakwaan ini dan anda boleh menggunakan sambil mengecas selagi ‘hardware’ digunakan itu adalah original.
 
5. 'Apps Killer' memanjangkan jangka hayat bateri

Mematikan 'background apps' menyebabkan tenaga bateri digunakan lebih banyak.


Cukuplah mempercayai mitos ini! permulaan kewujudan telefon pintar khususnya sistem operasi Android, aplikasi ‘task killer’ ini amat popular. Ini kerana Android ketika itu berdepan dengan masalah ‘lagging’ sehingga memaksa pengguna mematikan ‘background apps’ dengan aplikasi Task Killer.

Namun, Android kini semakin pintar dan mampu menguruskan ‘background apps’ ini secara lebih sistematik. Jika anda bertindak mematikan aplikasi yang sedang beroperasi, maka anda memerlukan tenaga bateri lebih tinggi daripada sepatutnya. Setiap aplikasi yang dimatikan terpaksa dihidupkan semula dan proses berkenaan menggunakan lebih banyak tenaga.

Ketahanan dan jangka hayat bateri sebenarnya turut bergantung kepada optimasi perisian sistem operasi itu sendiri. Kemas kini pada sistem operasi membolehkan setiap tugas dilakukan dengan efisyen dan pada masa sama menjimatkan penggunaan bateri.




 
 
 
 


 

 
 
Comments



Back to top