Rojak Daily Logo

Yuna Selar Donald Trump

0
comments
Yuna Selar Donald Trump
You go, girl! (Gambar: flipboard.com/@nazrazahri)

Penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna, nampaknya tidak berselindung apabila ditanya pandangannya mengenai calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam temuramah dengan majalah hiburan Billboard edisi 30 April, Yuna, biarpun kini menetap di sana, tetap tidak teragak-agak menyatakan rasa tidak senang dengan apa yang diperjuangkan Trump.

Biarpun tidak menjelaskan dengan terperinci, ia pastinya merujuk kepada sikap yang ditunjukkan Trump dalam menangani isu kepelbagaian agama dan pendatang, khususnya umat Islam. 

"Trump memperjuangkan kebencian dan keganasan. Saya tidak faham bagaimana seseorang seperti dia masih boleh diterima dalam sebuah negara maju dan moden," ujar Yuna.
 
Gambar: www.bet.com

Namun begitu, Yuna tidak bimbang dengan stereotaip yang dilabel kepada umat Islam. Ini kerana kata Yuna, dia percaya muzik mempunyai kemampuan untuk mendidik dan melembutkan hati manusia.

"Jika muzik saya berjaya berbuat demikian, saya anggap ia satu kejayaan besar," tambahnya.

Fesyenista ini turut menjawab beberapa persoalan berkaitan keputusannya untuk terus berhijab biarpun kini terbabit dalam industri muzik antarabangsa.

"Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia."

"Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri. Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas," kata Yuna.

Album terbaharu Yuna, Chapters, bakal dipasarkan 20 Mei ini.

Sumber: awani

 
 
Comments