Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pavilion Dilanda ‘Tsunami’ K-Pop Gara-Gara Samsung Galaxy Note 8

Aktres Korea popular, Song Ji-Hyo tampil memeriahkan suasana majlis pelancaran telefon pintar model terbaru itu.

0
comments
Pavilion Dilanda ‘Tsunami’ K-Pop Gara-Gara Samsung Galaxy Note 8
Aktres popular Korea, Song Ji-Hyo hadir pada Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Note 8 yang diperkenalkan secara rasmi hari ini. (Gambar: Afendi Haris)
Kekecewaan sesetengah peminat tegar siri Note khususnya Galaxy Note 7 akhirnya terubat apabila Samsung Galaxy Note 8 mula dilancarkan secara rasmi di Malaysia bermula hari ini.

Malah, pada majlis pelancaran di Pavilion Kuala Lumpur, hari ini suasananya cukup gamat apabila ‘dibanjiri’ ratusan peminat k-pop yang menantikan kemunculan bintang istimewa Running Man, Song Ji-Hyo yang dibawa khas dari Korea.

Jika sebelum ini Lee Kwang-soo yang juga ahli program televisyen popular yang sama dijemput pada majlis pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge, pada tahun ini tiba pula giliran Song Ji-Hyo. Rata-rata peminat Ji-Hyo mula beratur di luar perkarangan Pavilion sejak jam 9 pagi bagi berjumpa dengan pelakon kesayangan mereka itu.

Peminat Song Ji-Hyo dan peminat telefon pintar Samsung sanggup beratur panjang sejak jam 9 pagi untuk masuk ke kawasan majlis pelancaran Galaxy Note 8 di Kuala Lumpur, hari ini.

PELUANG JUMPA ARTIS KOREA LEBIH DEKAT

Difahamkan bagi 100 pembeli pertama telefon pintar model terbaru itu, mereka diberi peluang untuk bertemu dengan aktres jelita itu dengan lebih dekat. Selain itu mereka turut menerima pelindung telefon dan poster istimewa yang mempunyai tanda tangan Ji-Hyo.

Malah pada majlis pelancaran itu, aktres terbabit turut meluangkan masa bergambar dengan peminat terpilih dan memberi autograf pada gambarnya menggunakan fungsi teks animasi digelar sebagai 'Live Message'. Suasana juga bertambah gamat apabila ada peminat bertuah berkesempatan memeluk aktres terbabit. 

Seramai 100 pembeli pertama Samsung Galaxy Note 8 diberi peluang bertemu dengan aktres Korea, Song Ji-Hyo.

TELEFON PINTAR TERHEBAT

Galaxy Note 8 menjadi peranti terhebat Samsung ketika ini apabila ia dilengkapi pelbagai ciri dan fungsi canggih. Telefon pintar ini meneruskan legasi Samsung dengan keupayaan paparan skrin hebat digelar infinity display.

Skrin Note 8 menjadi skrin paling besar bagi siri Note iaitu 6.3 inci menggunakan panel Super Amoled Quad HD+. Bagi menjalankan prestasi terbaik, Galaxy Note 8 dikuasakan cip pemprosesan versi Exynos 8895 yang digandingankan dengan RAM sebanyak 6GB.

Samsung Galaxy Note 8 menjadi peranti terhebat Samsung ketika ini apabila ia dilengkapi pelbagai ciri dan fungsi canggih.

Bagi fungsi S-Pen, pelbagai ciri baru turut diperkenalkan seperti 'Live Message' dan 'Screen Off Memo'. Fungsi ‘'Screen of memo' membolehkan pengguna menulis apa jua catatan pada skrin biarpun telefon berada dalam keadaan terkunci. 'Live Message' pula membolehkan pengguna menghantar teks berbentuk animasi menggunakan S-Pen.

Aspek kamera pula, Galaxy Note 8 dilengkapi dua lensa kamera 12 megapixel (MP) dengan apertur f/1.7 dan f/2.4. Galaxy Note 8 adalah telefon pintar pertama yang mempunyai Optical Image Stabilization (OIS) yang diletakkan pada kedua-dua lensa.

Kehadiran bintang istimewa Running Man, Song Ji-Hyo menggamatkan suasana Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Note 8 di Kuala Lumpur, hari ini.

Teknologi ini berupaya menjadikan imej yang ditangkap tidak kabur dan bergoyang biarpun ketika zum. Teknik mengaburkan imej di belakang atau ‘bokeh’ turut diterapkan dalam kamera Note 8. Fungsi 2X optikal zum pula membolehkan gambar diambil dengan lebih jelas tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Antara ciri lain disertakan dalam peranti ini adalah fungsi kalis air dan habuk IP68, pengecasan tanpa wayar, pengimbas mata serta keupayaan Samsung DeX dan Samsung VR.

Galaxy Note 8 dijual pada harga RM3,999 dengan pilihan tiga warna iaitu Maple Gold, Orchid Gray dan Midnight Black. Pameran Note 8 di Pavilion bermula jam 11 pagi dan kemudiannya akan meneruskan jelajah ke Pulau Pinang dan Johor Bahru.
 
 
Comments



Back to top