CLOSE
CLOSE

Ini Cara Mudah Dapat Percutian Bernilai RM20,000 Secara Percuma!

Tiket penerbangan, penginapan dan tiket masuk taman tema semuanya ditawarkan pada orang ramai.


  • Share:

Ini Cara Mudah Dapat Percutian Bernilai RM20,000 Secara Percuma!
Bali, Indonesia antara destinasi percutian popular yang sering dikunjungi ramai pelancong tempatan dan luar negara.(Gambar: bali-indonesia.com)
Bagi kaki 'travel', peluang mendapatkan tiket penerbangan pada harga murah memang cukup mengujakan. Ia bukan saja menjimatkan duit poket tapi lebih penting, menjadi pengguna bijak dalam berbelanja.

Mungkin ada juga yang tertanya bagaimana boleh mendapatkan tiket penerbangan murah termasuk pakej percutian pada harga menarik yang menguntungkan pengguna. 

Bagaimana pula jika anda berpeluang melancong ke destinasi percutian menarik seperti Bali dan Seoul tanpa mengeluarkan duit sendiri sebaliknya segala pembelanjaan termasuk penginapan dan tiket ke taman tema adalah percuma! 


PERCUTIAN REBUTAN

Memang benar, mereka yang berhasrat mendapatkan tiket penerbangan percuma ini boleh mencuba nasib menerusi peraduan yang dianjurkan menerusi acara Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2017 yang diadakan selama tiga hari di Pusat Konvensyen Straits Quay, Pulau Pinang pada 13 sehingga 15 Oktober depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng, hadiah berupa tiket penerbangan, baucer hotel, tiket taman tema bernilai RM20,000 ditawarkan kepada orang ramai yang mengunjungi pameran yang disertai lebih 100 agensi pelancongan domestik dan antrabangsa.
   
Jelasnya, sejak pameran ini diadakan di negeri ini dari beberapa tahun lalu, sambutan diterima cukup memberangsangkan dengan lebih 17,000 pengunjung hadir membabitkan nilai jualan RM15 juta diperolehi pada tahun lalu manakala pada tahun ini nilai jualan sebanyak RM18 juta disasarkan dengan jangkaan lebih 20,000 pengunjung akan hadir.

Nigel Wong (kanan) bersama Phua Tai Neng menunjukkan aplikasi khas dan poster Matta Fair ketika sidang media di Straits Quay, Georgetown, semalam.

HARGA PERCUTIAN MENARIK

Tambahnya, pada tahun ini MATTA 2017 membawa pelbagai kelainan disediakan buat pengunjung dimana pelbagai tawaran pakej pelancongan dengan harga cukup menarik membabitkan lokasi pelancongan seperti Bali, Seoul dan Bangkok serta lain-lain disediakan.
   
"Setiap pengunjung yang membuat pembelian minima RM200 melalui peraduan Buyer's MATTA berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000 termasuk tambah nilai MPay MATTA Debit Mastercards bernilai RM1,000 menjadi rebutan.
   
"MATTA 2017 juga memperkenalkan sistem automatik melalui aplikasi khas yang disediakan buat pengunjung yang hadir selain turut memberi ruang dan peluang kepada pengunjung membuat pendaftaran dengan lebih cepat, pantas dan mudah," katanya ketika ditemui semasa sidang media di Straits Quay, Georgetown, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat MATTA, Nigel Wong menyatakan pada tahun ini orang ramai turut berpeluang mendapatkan pakej umrah dan haji yang ditawarkan melalui lima agensi pelancongan yang sah dan setiap tawaran harga pakej pelancongan adalah berpatutan tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Tambahnya, setiap agensi pelancongan yang menyertai pameran ini adalah berdaftar dan merupakan ahli MATTA selain pihaknya sentiasa maju ke hadapan untuk memastikan dan mengelak pelanggan tidak terperdaya dengan mana-mana agen pelancongan yang tidak berdaftar.
     
Pihak penganjur yakin melihat Pulau Pinang berpotensi sebagai hub pelancongan utama negara dan Asia selain menjadi penghubung destinasi pelancongan di Wilayah Utara termasuk Kedah, Perak dan Perlis malah pameran MATTA 2017 turut mendapat penyertaan daripada Tourism Johor dan Melaka. 
   

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top