Rojak Daily Logo

1.25 Juta Peminjam PTPTN Tersenarai Dalam CCRIS!

0
comments
1.25 Juta Peminjam PTPTN Tersenarai Dalam CCRIS!
Sila buat semakan segera. (Gambar: www.wrennefinancial.com)
Seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata, langkah itu bukanlah bertujuan menyenarai hitam peminjam, sebaliknya ia bagi mendisiplinkan peminjam supaya membayar semula pinjaman secara konsisten. Ini amalan yang biasa oleh mana-mana syarikat kewangan.

Kata Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

Setiap tahun, PTPTN memerlukan kira-kira RM5 bilion bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar baharu. Justeru langkah yang dilakukan oleh PTPTN ini bagi memastikan mereka dapat memungut semula wang bagi kegunaan peminjam baharu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang tersebar di laman media sosial bahawa peminjam PTPTN yang berada di dalam CCRIS tidak boleh membuat pinjaman pembelian kereta dan perumahan.
 

Pada 16 Jun 2015, PTPTN telah menghantar senarai nama peminjam yang  gagal menjelaskan pinjaman balik kepada PTPTN ke Bank Negara  dan nama mereka telah dimasukkan dalam senarai CCRIS.

Bagi anda yang mahu membuat semakan, anda boleh terus ke kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia di seluruh negara.

Sumber dari: Awani

 
 
Comments