Rojak Daily Logo

Blog dan Portal Berita Akan Didaftarkan?

0
comments
Blog dan Portal Berita Akan Didaftarkan?
Penulis perlu bertanggungjawab atas setiap karya. (Gambar: www.mynewshub.cc)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menghantar proposal kepada Majlis Peguam Negara untuk menguatkuasakan undang-undang bagi membolehkan portal berita dan blog Malaysia didaftarkan.

Gambar: www.freemalaysiatoday.com

Namun menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak, kerajaan akan menggariskan beberapa kriteria utama dalam menghasilkan garis panduan ini terutama untuk portal dan blog berunsur politik. Tindakan ini juga pastinya tidak akan membebankan rakyat sebaliknya untuk mendidik masyarakat menjadi pengguna bijak yang menggunakan internet untuk membangunkan ekonomi melalui rangkaian sosial bukannya merosakkan negara atas dasar kebebasan bersuara.

Tindakan ini dilakukan bagi membolehkan pihak kementerian mengenal pasti dan menapis berita-berita yang disampaikan kepada masyarakat. Menurut laporan Malay Mail bertarikh 16 Mac, wartawan yang bekerja dalam portal berita online perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan kebenaran menghadiri majlis rasmi seperti yang dilakukan kepada media cetak. Tindakan ini secara tidak langsung melahirkan penulis bertanggungjawab dan beretika.

Apa Kata Netizen?

 
 
Comments