CLOSE
CLOSE

5 Gajet Ini Buatkan Anda Puas Mengembara

Persediaan gajet harus dilakukan sebelum memulakan pengembaraan atau percutian.


  • Share:

5 Gajet Ini Buatkan Anda Puas Mengembara
Merakam gambar di dalam air lebih sesuai menggunakan kamera aksi seperti Go Pro.(Gambar: Gopro.com)
Melancong, mengembara dan meneroka dunia luar semangnya menjadi idaman semua individu. Malah, ia lebih puas jika dapat melakukannya dalam tempoh masa yang lebih panjang. Namun, dalam memastikan pengembaraan menjadi percutian yang menyeronokkan, persediaan yang sepatutnya juga harus dilakukan.
 
Antara aspek yang harus diambil kira juga adalah gajet yang perlu dibawa. Adakah ia satu keperluan atau hanya sekadar menambah muatan bagasi anda. Rojak Daily Skop! senaraikan lima gajet asas yang perlu anda bawa ketika melancong.

1. TELEFON PINTAR

Motorola Z Play paling sesuai dibawa mengembara kerana mampu bertahan selama 23 jam.


Zaman sekarang boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon pintar tapi dua perkara penting perlu diambil kira jika mahu melancong iaitu ketahanan bateri dan pengecas paling cepat. Jika anda seorang 'kaki travel' dan mahu membeli telefon pintar baru, ini antara faktor yang harus diteliti dan menjadi fokus utama.

Bagi tahun 2017, terdapat lima telefon pintar yang beraksi cemerlang dalam ujian ketahanan bateri yang dijalankan laman sesawang, CNET iaitu One Plus 5 mampu bertahan selama 18 jam. Model kebanggaan Samsung dan Huawei, iaitu Galaxy S8+ dan Mate 9 turut mencapai jangka hayat sama iaitu sekitar 18 jam.

Model Asus Zenfon3 Zoom pula berkeupayaan bertahan sehingga 19 jam 50 minit. Telefon paling tahan lama dan berkemungkinan paling sesuai untuk dibawa mengembara adalah Motorola Z Play yang mampu bertahan selama 23 jam.  

Bagi fungsi pengecasan pantas, berdasarkan ujian dibuat laman sesawang gizmochina, Model Mate 9, OPPO R9 Plus, Vivo X9 dan Galaxy C9 Pro mengambil masa kira-kira 90 sehingga 100 minit untuk mencapai 100 peratus caj berbanding iPhone 7 Plus yang masih sekitar 59 peratus. Perbandingan ini hanya sekadar memberi gambaran peranti yang perlu ada sekiranya keperluan bateri menjadi aspek utama.
 
2. PENGECAS MUDAH ALIH 

Zerolemon Solarjuice  26,800mAh mampu menyokong pengecasan pantas 3.0.


Pengecas mudah alih atau lebih mesra dipanggil 'powerbank' sudah menjadi ‘rakan baik’ bagi telefon pintar. Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas menjadikan powerbank sebagai satu keperluan. Bagi kegunaan melancong dalam tempoh singkat, tiada perubahan untuk anda perlu lakukan dan boleh terus menggunakan powerbank sedia ada.

Namun, jika penggembaraan lebih lama, powerbank dengan kapasiti besar yang mempunyai keupayaan teknologi solar, Solarjuice dari Zerolemon ini antara yang terbaik di pasaran. Kapasitinya menjangkau 26,800mAh dan menyokong pengecasan pantas 3.0. Jika memerlukan ia juga mampu dicaj dengan menggunakan panel solar.

Selain itu ia turut dilengkapi port pengecasan Type-C serta 3 ruang output yang membolehkan pengecasan serentak sehingga 3 peranti. Menariknya, ia dilengkapi ciri kalis air IP65 dan kalis hentakan. Paling berguna, ia juga berfungsi sebagai lampu biasa ketika ketiadaan elektrik serta lampu kecemasan (SOS) sekiranya anda terkandas ketika mengembara.

3. KAMERA DIGITAL

Contoh gambar yang diambil menggunakan kamera Sony A6000 ketika Festival Holi di Mathura, Uttar Pradesh, India.


"Picture speaks a thousand words!". Bagi merakam detik indah ketika bercuti, kamera yang bagus adalah satu keperluan. Mungkin ada yang menyatakan kamera telefon pintar sudah cukup untuk mengambil gambar tetapi kualiti dihasilkan kamera digital atau DSLR masih belum mampu digugat mana-mana telefon pintar. Anda mungkin boleh menggunakan kamera jenis Sony A6000 dan juga Sony A5100. Ini antara hasil gambar menggunakan kamera A6000 oleh pengembara Asraf Isa ketika Festival Holi, di Mathura, Uttar Pradesh, India.
 
4. 'ACTION CAMERA'

Selain telefon pintar dan kamera DSLR, anda juga pasti memerlukan kamera aksi untuk pengambaran yang lebih lasak dan kalis air. Dengan keupayaan mengambil gambar di dalam air, kamera jenis ini juga lebih kecil dan ringan jika dibandingkan dengan DSLR. Jenama GoPro (model Hero5 Black) pastinya antara yang disebut-sebut. Namun, anda juga boleh mempertimbangkan jenama Xiaomi yang jauh lebih murah. Ada diantara model Xiaomi boleh diperoleh sekitar harga RM350.
 
5. AKSESORI TAMBAHAN

Beberapa peranti kecil juga perlu diambil kira termasuk travel plug ketika bercuti. Setiap negara mempunyai jenis soket berlainan dan disebabkan itu penggunaan travel plug adalah satu perkara wajib. Alat ini memudahkan anda mengecas telefon pintar, kamera digital dan powerbank. Begitu juga, anda tidak harus melupakan 'headphone' bagi menghilangkan rasa bosan ketika di dalam pesawat.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top