CLOSE
CLOSE

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Bermula Hari Ini

PLUS Malaysia Berhad akan melaksanakan operasi penutupan lorong dan lencongan trafik di Jambatan Pulau Pinang.


  • Share:

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Bermula Hari Ini
Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 meter ditutup secara berperingkat selama enam bulan di kedua-dua hala. (Gambar: penang.ws)
Keistimewaan dan tarikan setiap kali datang ke Pulau Pinang pastinya tidak akan melepaskan peluang menyeberangi Jambatan Pulau Pinang yang merupakan antara Jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Jambatan sepanjang 13.5 kilometer yang dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1985 menelan belanja RM850 juta itu membawa kebanggaan kepada negara. Bagaimanapun, jambatan yang menjadi sejarah pada rakyat negara ini terpaksa ditutup untuk kerja penyelenggaran.


TUTUP SETAHUN

Berikut struktur tengahnya menggunakan kabel-penahan ('cable-stayed bridge') yang terawal di dunia digunakan pada jambatan itu, ia kini perlu diselenggara bagi memastikan jambatan itu terus selamat digunakan.

Sehubungan itu, PLUS Malaysia Berhad melaksanakan operasi penutupan lorong dan lencongan trafik di Jambatan Pulau Pinang selama satu tahun bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaran jambatan secara berjadual bermula hari ini (22 Ogos) sehingga 21 Ogos 2018.

Penutupan jambatan sepanjang 13.5 meter itu ditutup secara berperingkat selama enam bulan dikedua-dua hala bagi memastikan struktur kabel di atas Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi menyatakan tujuan utama penyelanggaran kabel merupakan elemen utama yang perlu dilakukan di Jambatan Pulau Pinang  untuk mengesan sekiranya berlaku kerosakan.

Menurutnya, kerja-kerja pemeriksaan dan pemasangan akan dibuat untuk memasang perancah setinggi 54 meter dan kerja-kerja memasang dan memindah lif penumpang.

Tambahnya, bagi melancarkan kerja penutupan lorong dan lencongan jalan terpaksa dibuat dan tempoh masa akan menelan masa selama setahun.

"Lorong kecemasan dan perlahan akan ditutup selama enam bulan di setiap arah manakala lorong tengah akan ditutup pada waktu malam," katanya.

Mohammad Fuad berkata, antara laluan yang akan ditutup adalah laluan arah Timur (Pulau ke Seberang Prai) selama enam bulan pertama dan laluan arah barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi enam bulan yang berikutnya. Lorong lencongan akan dibuka jam 4 petang sehingga 8 malam (pulau ke seberang ) dan 6 pagi sehingga 10 pagi (Seberang ke Pulau ) di kedua-dua arah selama enam bulan.

Justeru, PLUS menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang agar dapat merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan.

"Sebagai alternatif orang ramai dinasihatkan  menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menggunakan perkhidmatan feri untuk perjalanan yang lebih selesa," katanya.

PLUS turut menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile App ataupun aplikasi Waze atau Google Map.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top