CLOSE
CLOSE

Kisah Pisang Goreng Ranggup Di Puchong Jadi Perhatian Ramai

Pengguna di media sosial terkejut terhadap dakwaan ia menggunakan kapur simen.


  • Share:

Kisah Pisang Goreng Ranggup Di Puchong Jadi Perhatian Ramai
Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak menyiasat pisang goreng didakwa menggunakan kapur simen . (Gambar hiasan: foodadvisor.my)
Pisang goreng antara makanan paling digemari rakyat Malaysia. Ia makanan santai yang dinikmati pada waktu lapang khususnya semasa minum petang. 

Sejak dahulu, pisang goreng menjadi pilihan masyarakat tempatan kerana keenakannya. Resepinya cukup mudah iaitu pisang digoreng dengan tepung. 

Sejak beberapa tahun lalu, dek persaingan yang semakin sengit dalam kalangan peniaga, pisang goreng mengalami beberapa transformasi dalam masakannya. Antara produk yang semakin diminati masa kini adalah pisang goreng 'cheese'. Jika di Johor pisang goreng dimakan dengan sambal kicap sangat menyelerakan. 


PISANG GORENG RAMUAN BARU

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang peniaga di Puchong, Selangor didakwa menggunakan kapur simen dalam bancuhan adunan tepung untuk merangupkan pisang goreng jualannya

Dakwaan terhadap Amir Mohamed Yatim, 36, itu disebar menerusi aplikasi WhatsApp beberapa minggu lalu mengakibatkan perniagaannya merosot seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Melayu. 

Berang dengan tuduhan yang dilemparkan keatasnya berikutan penyebaran gambar tepung yang digunakannya, beliau yang sebulan berniaga juga membuat laporan polis. 

“Saya nafi guna tepung campur kapur simen dalam adunan pisang goreng dijual, kepada yang sebarkan hal ini tanpa semak perkara sebenarnya tolonglah betulkan keadaan, benda ni dah tersebar seluruh negara,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan. 


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIASAT

Berikutan itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan siasatan dan mengesan pisang goreng tersebut didapati dijual berdekatan dengan Hospital Columbia, Bandar Puteri di Puchong. 

Hasil siasatan mendapati isu itu disebabkan kesilapan kilang pembekal tepung berkenaan di Kuala Lumpur menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan. 

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik ke semua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran.

Malang juga bagi peniaga berkenaan apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor mengambil tindakan ke atas premis tersebut oleh kerana didapati beroperasi tanpa lesen.


APA TINDAKAN KEATAS KILANG TEPUNG? 

Di sebalik hasil siasatan itu, persoalan timbul mengenai tindakan pihak berkuasa ke atas kilang pembekal tepung berkenaan.. 

Semua pihak sedia maklum setiap pengeluar makanan bertanggungjawab untuk memastikan semua produk keluaran mereka mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Hukuman yang boleh dikenakan kepada pengeluar dan pengimport bahan makanan tercemar termasuk penjara dan denda.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top