CLOSE
CLOSE

Cara Mudah Dapat RM42,883 Dalam Masa 24 Jam!

Anda perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan.


  • Share:

Cara Mudah Dapat RM42,883 Dalam Masa 24 Jam!
Aplikasi yang memenangi pertandingan mencipta aplikasi sempena Hari Pembangun Aplikasi Malaysia (MYDD) pada tahun lalu. (Gambar: Afendi Haris)
Merujuk zaman sekarang yang sangat mencabar terutama dalam aspek kos sara hidup, masing-masing perlu bijak dalam mencari peluang dan mengasah potensi diri. Jika orang lain mampu membuat dua sehingga tiga kerja sehari, anda juga boleh meraih pendapatan lebih tanpa bersusah payah.

Caranya mudah, bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan mampu mencipta sesuatu inovasi berkaitan aplikasi apa kata cuba nasib menyertai pertandingan mencipta aplikasi. Menariknya, sekiranya idea anda itu diangkat sebagai juara, habuan menanti adalah AS$10,000 (RM42,883).


SAMBUTAN HANGAT

Dianggarkan hampir 200 pembangun aplikasi digital seluruh Malaysia akan berkampung di bangunan lama Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Jumaat ini (11 Ogos) bagi menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan yang dianjurkan bersempena Hari Pembangun Aplikasi Malaysia (MYDD) 2017 itu menyaksikan ganjaran lumayan buat pemenang tempat pertama iaitu sebanyak AS$10,000 (RM42,883).


CABARAN 24 JAM

Ketua Pegawai Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMM, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, program hasil kerjasama SKMM dan dan syarikat AT&T Inc akan berlangsung selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu ini dan penganjuran berkenaan sudah memasuki tahun kelima.

Beliau berkata pertandingan kali ini mengangkat tema 'Internet of Things (IoT) and Data Analytics' dan peserta dikehendaki mencipta aplikasi dalam tempoh 24 jam.

“Tujuan utama penganjuran itu bagi menggalakkan pembangun aplikasi memanfaatkan kreativiti mereka selain menjadikan MYDD sebagai platform mempelajari kemahiran baru. Sepanjang empat tahun dianjurkan, program ini banyak mencungkil bakat baru yang berpotensi," katanya.

Penganjuran MYDD dua tahun lalu berjaya menarik perhatian ramai golongan muda turut serta.

PEMANTAUAN TENAGA PENGAJAR PAKAR

Sementara itu, mentor MYDD, Johnson Lam menyatakan peserta akan dipantau oleh tenaga pengajar yang pakar dalam pelbagai bidang termasuk bidang Internet untuk segalanya (IoT), keusahawanan, kewangan serta perancangan bandar.

Tambahnya, mentor akan menyediakan garis panduan serta pandangan dalam usaha membantu peserta menghasilkan aplikasi yang lebih bermanfaat serta menepati kehendak penganjur.

"Peranan kami sebagai mentor adalah menolong peserta membuat keputusan yang bernas dan tepat. Jika aplikasi yang dihasilkan tidak relevan untuk diguna pakai serta tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia, ia akan menjadi satu produk yang tidak bagus," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan terbabit boleh melayari laman sesawang SKMM untuk maklumat lanjut. Hadiah menanti pemenang tempat pertama bakal menerima wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM42,883), kedua sebanyak AS$3,000 (RM 12,865) manakal ketiga iaitu AS$2,000 (RM8,576).

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top