Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Sejak Enam Dekad Milo Masyhur Dari 'Milo Lori' Sehingga Sukan SEA Ke-29

Jenama Milo menyatakan deklarasi komitmen terhadap penganjuran acara Kuala Lumpur 2017.

0
comments
Sejak Enam Dekad Milo Masyhur Dari 'Milo Lori' Sehingga Sukan SEA Ke-29
Milo menganjurkan acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran Sukan SEA ke-29. (Gambar: Nestle)
Sejak tiga bulan lalu, rakyat negara ini berpeluang melihat obor Sukan SEA ke-29 yang dibawa berarak ke pelbagai destinasi di seluruh negara. Obor yang menjadi simbolik pada acara peringkat Asia ini memberi makna yang cukup istimewa pada peminat sukan apatah lagi Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada kali ini.

Menyemarakkan lagi suasana menjelang acara ini yang akan dibuka secara rasmi pada 19 Ogos ini, penaja minuman rasmi acara ini iaitu Milo turut serta menganjurkan satu acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang diadakan di Nestle (Malaysia) Berhad, Mutiara Damansara, Selangor, baru-baru ini. 

Lebih menarik, acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ramai atlet negara termasuk bekas jaguh Kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara antaranya, Datuk Marina Chin selaku Ketua Kontinjen Kuala Lumpur 2017, Datuk Mirnawan Nawawi (bekas pemain hoki), M Kumarasen (bekas pelumba basikal) dan Robin Ho (bekas atlet wushu).

Larian Obor Kuala Lumpur menjadi antara acara menarik sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 yang akan bermula dari 19 sehingga 31 Ogos ini.

DEKLARASI KOMITMEN

Jenama Milo yang cukup sinonim antara minuman kegemaran masyarakat di negara ini khususnya 'milo lori' terus menunjukkan komitmen dan sokongan mereka terhadap bidang sukan. Begitu juga, acara larian Obor ini adalah deklarasi komitmen sukan dan sokongan daripada Milo yang berterusan selain menunjukkan semangat perpaduan yang diwakili pembawa obor tersebut.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestle Malaysia, Philomena Tan berkata, api obor yang membara adalah simbolik semangat Milo terhadap sukan dan mengajak seluruh rakyat negara ini bersama-sama memberi semangat kepada atlet Malaysia yang bertanding kali ini.

Marina (depan, empat dari kiri) bersama Philomena (depan, lima dari kiri), Mirnawan (belakang, dua dari kanan), M Kumarasen (belakang, kiri) dan atlet Kebangsaan bergambar pada salah satu poster yang terdapat di stesen MRT Mutiara Damansara, Selangor.

Acara ini juga menjadi pengiktirafan terhadap sumbangan Milo dalam memperjuangkan perkembangan sukan tanah air selama lebih 60 tahun menerusi kerjasama dan usaha seperti Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang menjadi platform mencungkil bakat generasi muda terbabit dalam bidang sukan yang diceburi.

Sejajar dengan pelancaran kempen Milo iaitu #BersatuKitaTeguh baru-baru ini. orang ramai juga berpeluang melihat dekorasi unik Milo di dalam stesen MRT Mutiara Damansara.
 
 
 
Comments



Back to top