Rojak Daily Logo

5 Kemalangan Akibat Penggunaan Telefon Bimbit Yang Sedang Dicas

0
comments
5 Kemalangan Akibat Penggunaan Telefon Bimbit Yang Sedang Dicas
Bahaya menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas. (Gambar: onlinedunia.in)

Semakin canggih telefon bimbit yang digunakan, semakin banyak aplikasi dapat digunakan dan tentunya memerlukan ianya dicas dengan kerap. Pengguna sering dinasihatkan untuk tidak menggunakan telefon yang sedang dicas bagi mengelakkan sebarang letupan atau kecederaan. Letupan telefon bimbit sering dikaitkan dengan masalah pada bateri, dicas terlalu lama atau penggunaan alat pengecas yang tidak mendapat kelulusan. Terbaharu, seorang ibu kepada dua cahaya mata merupakan mangsa pertama yang maut akibat renjatan elektrik semasa bercakap di telefon bimbit yang sedang dicas. Lima senarai ini tentunya membuat anda terfikir berkali-kali sebelum menggunakan telefon bimbit.

Malaysia-Februari 2007

Seorang pelajar melecur teruk di bahagian tapak dan jari tangan kanan apabila telefon bimbit yang sedang dicas tiba-tiba meletup dan terbakar di rumahnya. Telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal itu kemudiannya mengeluarkan api dan menyambar tilam. Mangsa mengakui telefon bimbit tersebut mungkin meletup akibat dicas terlalu lama. 

Gambar: mynewshub.cc

China-Julai 2013

Ma Ailun, seorang pramugari China Southern Airlines terbunuh akibat renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit jenama iPhone 5 yang sedang dicas di rumahnya.

Gambar: mirror.co.uk

Australia-April 2014

Sheryl Aldeguer, seorang jururawat kelahiran Filipina yang telah berhijrah ke Australia turut mengalami nasib yang sama. Dia menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas juga pada masa sama menggunakan laptop. Dia ditemui mati di bilik dengan tubuh yang telah dijilat api sehingga bahagian dada daripada laptop juga kesan lecuran di bahagian telinga akibat penggunaan headphone.

Gambar: dailymail.co.uk

Rusia-Februari 2016

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mengalami renjatan elektrik apabila telefon bimbit yang dicas di bilik mandi terjatuh ke atas air ketika dia sedang mandi.

Gambar: mirror.co.uk

Chicago-Februari 2016

Gabbie Fedro mengalami renjatan elektrik akibat penggunaan telefon bimbit yang sedang dicas. Dia langsung tidak menyangka pemakaian rantai besi di leher menjadi punca aliran elektrik ke tubuhnya. Akibatnya, dia mengalami parut kekal di sekitar kawasan leher.

Gambar: tothedeathmedia.com
 
 
Comments