CLOSE
CLOSE

[Video] Seronok Nyanyi Lagu "Despacito" Tapi Rupanya Lirik Lucah?

Angkatan Wanita Amanah Negara desak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ambil tindakan.


  • Share:

[Video] Seronok Nyanyi Lagu
Lirik lagu "Despacito" dalam Bahasa Inggeris didakwa mengandungi unsur lucah yang boleh memberi kesan negatif pada golongan muda. (Gambar: YouTube)
Kebelakangan ini tular di media sosial tentang lagu popular dari Sepanyol, "Despacito" yang turut menjadi lagu kegemaran ramai anak muda tempatan ketika ini. 

Sebelum ini, empat anak muda tempatan turut mendapat perhatian khalayak apabila menyanyikan semula lagu tersebut dalam versi mereka. Video berdurasi 3.50 minit itu dimuat naik pada 15 Mei lalu dan sehingga kini mencecah lebih 7 juta tontonan di YouTube.

Lagu yang ditukar lirik ke Bahasa Malaysia (BM) dengan judul "Incognito" itu mengisahkan tentang lelaki yang putus cinta dan ditinggalkan kekasih.

Sebenarnya, 90 peratus daripada lirik asal lagu "Despacito" dinyanyikan dalam bahasa Sepanyol. Lirik asal yang menjadi polemik masyarakat negara ini disebabkan oleh maksudnya. 



BERBAUR LUCAH

Sebilangan pihak di negara ini membantah penyiaran lagu berkenaan kerana mendakwa lirik sebenar lagu asal itu berbaur lucah dan menjemput kebejatan sosial dalam kalangan golongan muda. 

Bantahan itu turut diluahkan Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Atriza Umar. 

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu kerana lagu tersebut terus diminati anak-anak muda tempatan tanpa mereka memahami maksud sebenar lagu tersebut. Lebih malang, radio-radio tempatan termasuk dalam BM turut sama memutarkan lagu tersebut menyebabkan fenomena lagu tersebut bertambah meluas. 

Jelasnya, lagu berkenaan termasuk lagu lain yang mengandungi maksud lucah, ganas dan sebagainya yang tidak sesuai dengan budaya Timur dan Islam perlu dihentikan segera.

"Saya juga kesal kerana lagu-lagu yang bermasalah seperti ini yang tidak ditapis penyiarannya oleh kementerian yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


GARIS PANDUAN PERLU LEBIH JELAS 

Atriza mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) segera memainkan peranan yang tegas dalam perkara ini kerana mendakwa ia boleh merosakkan moral dan gaya berhibur masyarakat Islam khususnya di negara ini. 

Bagaimanapun, dia memuji langkah beberapa artis dan individu yang mengambil inisiatif menyanyikan semula lagu tersebut tetapi dengan lirik yang diubahsuai dan lebih sopan.

"Semoga penggiat seni tanah air boleh menggembleng tenaga untuk menyediakan hiburan yang lebih baik dan bermoral serta mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Kita menghormati hak berhibur tetapi garis panduan yang lebih jelas perlu wujud supaya hiburan itu tidak merosakkan tetapi menjadikan manusia lebih baik," katanya.



LIRIK ASAL "DESPACITO"

Berikut lirik asal lagu "Despacito" dalam bahasa Inggeris: 

Slowly,
I want to breathe your neck slowly,
Let me tell you things in your ears,
So that you remember when you’re not with me,

Slowly,
I want to strip you off with kisses slowly,
Sign the walls of your labrynth,
And make your whole body a manuscript,
Turn it up turn it up….. turn it up, turn it up,

I wanna see you dance,
I wanna be your rhythm,
I want you to show me,

Your favourite places, places, places, places,
Let me surpass your danger zones,
To make you scream,
And forget your name,

If I ask you for a kiss, come give it to me,
I know that you’re thinking about it,
I’ve been trying for some time,
Mommy this is giving and giving it,

You know that your heart with me makes you bom bom,
You know that this baby is looking for my bom bom,
Come test my mouth to see what it taste like to you,

I want to see how much love do you have,
I’m not in a hurry, I want to do the trip,
Let’s start slowly then wildly,
Step by step, soft softly,

We are going to get caught little by little,
When you kiss me so skillfully,
I think that you’re malicious delicately,
Step by step, soft softly,

We’re going to get caught, little by little,
And it’s just that this beauty is a puzzle,
But to put it together here I have the pieces,
We will do it on the beach in Puerto Rico,

Till the waves scream dear lord,
So that my seal stays with you, 
Step by step, soft softly,
We’re going to get caught little by little,

I want you to show me,
Your favourite places, places, places, places,
Step by step, soft softly,
We’re going to get caught little by little,

To make you scream,
And forget your name,
Slowly


 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top