Rojak Daily Logo

Hadiah Buat Peminjam PTPTN Ingkar

0
comments
Hadiah Buat Peminjam PTPTN Ingkar
Sukar untuk membuat pinjaman jika telah disenarai hitam (Gambar: www.propertyguru.com.my)

Bayangkan pada usia yang terlalu muda, saat kita sedang berdikit-dikit mengumpul harta terpaksa pula berhadapan kesukaran akibat keculasan kita menjelaskan bayaran PTPTN. Peminjam yang masih belum bekerja selepas enam bulan tamat bekerja perlulah mengemukan surat rayuan penangguhan bayaran balik kepada pihak PTPTN. Usah sesekali menganggap pihak PTPTN mengetahui status terkini anda.

Gambar: kl.coconuts.co

Ramai peminjam tidak menyedari nama mereka sudah mula disenarai hitamkan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Rata-rata hanya mengetahui selepas permohonan pembiayaan mereka termasuk untuk pembelian kereta dan rumah, ditolak oleh pihak bank. Langkah terbaharu ini diambil selepas denda yang menghalang peminjam ingkar ke luar negara gagal memberi pengajaran yang diharapkan.

Gambar: ptptnwangsawalkmall.wordpress.com

Menurut sumber yang diperolehi daripada laman rasmi PTPTN, peminjam perlu membuat bayaran balik enam bulan selepas tamat tempoh pinjaman bagi mengelakkan nama mereka disenarai hitam. Peminjam juga perlu membayar pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan secara konsisten sebelum 30 haribulan. Mereka yang membayar selepas tarikh itu atau kurang daripada jumlah Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan turut berpotensi disenarai hitam. Langkah terbaik, gunakan sistem ujrah iaitu melakukan potongan gaji secara tetap setiap bulan.

Gambar: ptptn.gov.my
Gambar: ptptn.gov.my

Semak CCRIS

Pastikan nama anda tiada dalam rekod CCRIS dengan melakukan semakan di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.

Gambar: asklegal.my

Sekiranya anda dari Lembah Kelang, anda boleh mendapatkan laporan kredit dari Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia.

Mereka yang berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu boleh mendapatkan laporan kredit dari Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia.

Peminjam yang barada jauh dari cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia, anda boleh memohon laporan kredit dengan melengkap dan menghantar beberapa dokumen kepada pihak BNM.

Layari biro kredit BNM dan PTPTN untuk maklumat lanjut.

 
 
Comments