CLOSE
CLOSE

'Dugaan Raya Aida' Juara Top 10 Video YouTube Paling Popular 2017

Google Malaysia akan menganjurkan YouTube Malaysia Ads Awards 2017.


  • Share:

'Dugaan Raya Aida' Juara Top 10 Video YouTube Paling Popular 2017
Video 'Dugaan Raya Aida' terbitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya menarik perhatian ramai penonton. (Gambar: YouTube)

Google Malaysia hari ini mengeluarkan senarai iklan paling popular di Malaysia di YouTube bagi Januari sehingga Jun 2017. Senarai itu menyaksikan sebanyak 10 iklan yang menarik minat penonton YouTube berdasarkan kombinasi populariti dan promosi.

Menurutnya, tiga trend iklan paling menarik perhatian adalah detik perayaan, iklan bersinematik dan iklan panjang.

"Walaupun senarai tahun ini tidak dipenuhi dengan iklan perayaan, satu pertiga daripada senarai itu berkisar sambutan perayaan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Iklan panjang menduduki majoriti tangga tersenarai dengan sembilan daripada sepuluh melangkaui tempoh tradisional iklan Televisyen.

"Kualiti sinematik turut menghiburkan para penonton dengan paparan yang lebih menyerupai drama TV dan filem," katanya dalam satu kenyataan.
 

SENARAI IKLAN PALING POPULAR

Berikut senarai 10 iklan Malaysia paling popular di YouTube untuk separuh tahun pertama 2017:

1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - Dugaan Raya Aida



2. KFC Kaki Unite: Finger Licker



3. Samsung Malaysia - Pay: Secure Transaction



4. MyEG  – A Chinese New Year 2017 



5. McDonalds - Kenali pembekal McDonald’s Malaysia



6. Hyundai Malaysia Love-Struck Episode 2



7. Wildan - ADEK - Oh, Seronoknya Wildan ADEK by Omar & Hana



8. OPPO - R9s Full version TVC



9. Honda BR-V – Versatile For All (TVC)



10. Qdees - Chinese New Year 2017


APA ITU YOUTUBE?

YouTube merupakan komuniti video atas talian yang membolehkan berjuta pengguna menonton dan berkongsi video mereka. Ia menyediakan platform untuk pengguna berhubung, mendapatkan maklumat dan inspirasi kepada pengguna di seluruh dunia.

Ia berpengkalan di San Bruno, California, Amerika Syarikat dan merupakan anak syarikat Google Inc. Secara global, kira-kira 1.5 bilion pengguna Internet daftar masuk ke YouTube pada setiap bulan. Rata-rata mereka meluangkan lebih sejam setiap hari untuk menonton YouTube di skrin peranti mudah-alih.


ANUGERAH YOUTUBE

Google Malaysia turut memaklumkan akan menganjurkan Minggu YouTube Malaysia dari 4 sehingga 8 Disember 2017. Ia bertujuan meraikan mereka yang menjadikan YouTube sebagai platform hiburan, informasi, dan pendidikan.

"Pada masa sama, kami akan menganjurkan anugerah YouTube Malaysia Ads Awards 2017 buat kali kedua. Kami akan mengumumkan iklan-iklan terbaik tahun ini merentasi 10 kategori," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top