CLOSE
CLOSE

[Video] "Baru Kena Ejek Sikit Mental Dah Koyak. Saya Kena Ejek Beberapa Tahun 'Tak Lut' Punya" - TMJ

TMJ memberi kata semangat pada penyokong JDT selepas tewas pada malam tadi.


  • Share:

[Video]
Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa akur tewas kepada pasukan Ceres Negros dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFC 2017 di Stadium Pana'ad Park And Football, Bacolod City, Filipina malam tadi. (Gambar: semuanyabola)

Kekalahan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada pasukan Ceres Negros dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFC 2017 di Stadium Pana'ad Park And Football, Bacolod City, Filipina malam tadi menerusi jaringan penalti yang penuh kontroversi ternyata mengecewakan penyokong pasukan itu.

Pertandingan cukup dramatik apabila Ceres Negros diberi sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan pemain JDT terutama penjaga gol Farizal Marlias yang bertindak menolak pengadil perlawanan.

Kekalahan itu bermakna harapan JDT untuk mengulangi kejayaan menjulang Piala AFC pada tahun 2015 sekali lagi musnah selepas gagal mempertahankannya pada tahun lepas.

Mengulas perlawanan itu, pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, baginda dimaklumkan pegawai pasukan JDT jika penalti tersebut dibenarkan bermakna dalam setiap perlawanan akan ada kira-kira 10 penalti. Baginda turut membidas penyokong pasukan tempatan lain kerana mengejek JDT kerana tewas dalam perlawanan tersebut.

"Macam kita (JDT) tak pernah menang piala dah 24 tahun. Penyokong pasukan lain pula banyak cakap. Pernah menang Piala AFC, pernah masuk separuh akhir Piala AFC? Oleh itu diam sajalah," katanya.

Prestasi JDT musim ini mengusarkan ramai penyokongnya berikutan pasukan itu turut gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA Liga Malaysia tahun ini.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam pada itu meminta penyokong JDT memperkuatkan mental mereka dalam berhadapan kutukan penyokong pasukan lain ekoran kekalahan tersebut. Baginda berharap penyokong JDT akan terus bersama pasukan itu pada waktu kalah atau menang.

"Kepada penyokong saya sayang awak semua. Mental jangan cepat koyak. Baru kena ejek sikit mental dah koyak. Saya kena ejek beberapa tahun 'tak lut' punya. Oleh itu kekal bersama pasukan," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top