CLOSE
CLOSE

[Video] Lelaki Mabuk Nak Bom MH128 Tapi Rupanya 'Powerbank'

Pesawat Malaysia Airlines itu terpaksa berpatah balik selepas 20 minit berlepas.


  • Share:

[Video] Lelaki Mabuk Nak Bom MH128 Tapi Rupanya 'Powerbank'
Suspek berjaya ditahan di dalam pesawat manakala pihak polis Australia bertindak masuk ke dalam pesawat sejurus selamat mendarat. (Gambar: Twitter & Andrew Leoncelli)

Pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang sepatutnya dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang dipercayai mabuk cuba masuk ke dalam kokpit. Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu berasal dari Sri Lanka mendakwa mempunyai bahan letupan dan bertindak mahu meletupkan pesawat tersebut.

Kejadian berlaku sejurus 20 minit pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne dan kemudian selamat mendarat semula jam 11.11 malam. Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecedaran pada penumpang lain yang berlaku pada masa itu.

Bekas pemain ragbi Melbourne, Andrew Leoncelli yang turut berada dalam pesawat tersebut menyatakan dia berusaha menahan suspek.

Jelasnya, selepas 10 minit pesawat tersebut berlepas dia yang duduk di kelas perniagaan terdengar suara suspek yang mengatakan mahu masuk ke kokpit dan berjumpa dengan juruterbang. Bagaimanapun, pramugari memintanya agar duduk semula di tempatnya.

"Selepas itu dia mengatakan dia tidak mahu duduk semula dan mahu meletupkan pesawat," katanya seperti dilaporkan news.com.au.

Tambahnya, selepas pesawat selamat mendarat penumpang diminta terus berada dalam pesawat selama satu jam sebelum polis bertindak masuk ke dalam pesawat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyatakan pesawat tersebut bukan dirampas tetapi disebabkan seorang penumpang mabuk yang mencetuskan kekecohan. Malah, lelaki itu yang mendakwa mempunyai bom sebenarnya hanyalah 'powerbank', seperti dilaporkan kepada AFP.

"Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook akaunnya, malam tadi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top