Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Aku Negaraku" Jadi Lagu Wajib Pelajar Sekolah

Lagu tersebut adalah inisiatif program Negaraku diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

0
comments
Lagu "Aku Negaraku" menjadi inisiatif program Negaraku yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. (Gambar: najibrazak.com)

Lagu patriotik terbaru, "Aku Negaraku" menarik perhatian ramai apabila ia mula dijadikan lagu wajib dinyanyikan pelajar sekolah dan guru ketika sesi perhimpunan sekolah semalam.

Meskipun, ia adalah lagu tambahan yang perlu dinyanyikan sebagai usaha menyeramakkan semangat cintakan negara, ia menerima pelbagai respon retizen di media sosial.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof menyatakan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan diminta menyanyikan lagu berentak kontemporari itu bersama dengan lagu "Negaraku", negeri dan sekolah masing-masing.

Ini bermakna, pelajar-pelajar sekolah perlu menyanyikan empat buah lagu setiap pagi di perhimpunan pada setiap minggu.

“Penambahan tersebut merupakan inisiatif program Negaraku yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyemarakkan semangat cintakan Malaysia. Kementerian telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara ini sebagai hebahan untuk mewajibkan semua sekolah awam menyanyikan lahu "Aku Negaraku",” katanya.

Lagu "Aku Negaraku" berdurasi selama dua minit 15 saat merupakan ciptaan Audi Mok Chuang Yew dan lirik pula ditulis Shazree Ishak. Bagi rakyat Malaysia ada baiknya kita menghayati lagu ini bersama.

Aku Negaraku

Kusedar tanah air aku bertuah

Di sini tempatku berjasa

Kusedar sempurna hidupku di sini

Malaysia ku terhutang budi

(Chorus)

Aku negaraku

Aku negaraku

Sememangnya negaraku maju

Negaraku tanah tumpah darahku

Aku negaraku

Di hatiku negaraku

Selamanya aku negaraku

Satu

Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa

Kita bersama bersyukur pada Tuhan

Kepada-Nya kita berserah

(Ulang Chorus)

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia

Malaysia aku bahagia

(Ulang Chorus)

Aku negaraku

 
 
Comments