Rojak Daily Logo

Siri Letupan Pusat Membeli Belah di Malaysia

0
comments
Siri Letupan Pusat Membeli Belah di Malaysia
Letupan di Midvalley Megamall (Gambar: kl.coconuts.co)

5 April 2016 yang lalu, berlaku dua siri letupan dalam insiden kebocoran gas di dua buah restoran di pusat membeli belah Midvalley Megamall. Menurut sumber yang dipetik daripada Malay Mail, kejadian pada jam 10 pagi itu mengakibatkan lapan orang yang terdiri daripada pekerja penyelenggaraan cedera apabila siling bahagian depan dan dapur Chili’s Grill & Bar dan siling di bahagian dapur restoran makanan segera McDonald runtuh.

14 Disember 2009

Gambar: kosmo.com.my

Menurut sumber mStar, seorang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam kebocoran gas yang berlaku di Jusco Mall di Melaka. Kejadian tersebut menyebabkan satu letupan besar di bahagian medan selera aras bawah Jusco Mall yang meninggalkan lubang sedalam dua meter. Dua orang mangsa ditemui tertiarap di luar bangunan manakala lima mangsa diselamatkan dari runtuhan akibat letupan tersebut. Seorang yang terbunuh merupakan penyelia restoran Old Town White Coffee yang ditemui mati dengan kecederaan teruk pada leher dipercayai terkena serpihan yang terpelanting.

28 September 2011

Gambar: kosmo.com.my

Empat orang termasuk dua pengawal keselamatan cedera ringan selepas gas memasak meletup di pusat beli-belah Empire Gallery, Subang Jaya. Letupan yang menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk dan beberapa buah kereta remuk, berpunca daripada kebocoran saluran gas sebuah restoran di aras bawah pusat membeli-belah.

27 November 2011

Gambar: wowberita.org

Maju Juction juga tidak terkecuali daripada mengalami nasib yang sama apabila restoran Noodle Station yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pusat membeli belah itu meletup. Menurut laporan Utusan Online kejadian letupan yang tidak melibatkan sebarang kecederaan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

20 Disember 2013

Gambar: wowberita.org

Tiga pekerja restoran makanan barat di pusat membeli-belah Sogo cedera selepas berlaku kebakaran akibat kebocoran gas di dapur restoran itu. Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kesan melecur di beberapa bahagian badan, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

25 Disember 2013

Gambar: thestar.com.my

Seorang pekerja dan seorang pengunjung sebuah pub cedera akibat letupan gas di sebuah premis pub di pusat beli-belah Jaya One, Seksyen 13, Petaling Jaya yang berpunca daripada kebocoran gas di bahagian dapur pub.

9 Oktober 2014

Gambar: mstar.com.my

Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 pagi. Kejadian itu yang berpunca daripada bom yang dileparkan akibat dendam turut mencederakan beberapa pelancong asing dari Thailand, China dan Singapura.

2 Februari 2015

Gambar: wowberita.org

Satu dentuman kuat seakan-akan letupan gas memaksa ratusan pekerja buruh binaan bertempiaran lari di pusat membeli belah KK Times Square, Kota Kinabalu yang sedang dalam pembinaan. Insiden itu mengakibatkan lima buruh binaan yang bekerja di bahagian pemasangan bumbung kanopi di lokasi tersebut cedera parah apabila salah satu kerangka bumbung besi dan kaca itu secara tiba-tiba runtuh dan menghempap kesemua mangsa.

 
 
Comments