Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Today I Become A Man." - Sharnaaz Ahmad

Selamat diijab kabul bersama Noor Nabila dengan sekali lafaz.

0
comments
Sharnaaz selamat diijab kabul bersama pasangannya Nabila. (Kredit Gambar: Instagram BCreative Productions @bcreative_productions)

Dua tahun menyulam benang cinta serta melalui fasa pasang surut dalam perhubungan, akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor menoktahkan percintaan mereka dengan ikatan pernikahan.

Sharnaaz yang kelihatan segak berbaju Melayu rona putih rekaan Putra Cosry kelihatan tenang menjabat tangan jurunikah, Imam Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya tatkala melafazkan ijab dan kabul.

(Kredit Gambar: Instagram BCreative Productions @bcreative_production)

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Suamiku Encik Sotong itu sah bergelar suami kepada Nabila yang tampak anggun mengenakan busana pengantin hasil sentuhan Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis pernikahan yang diadakan Royal Chulan Damansara itu berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara terdekat dan sahabat handai.

Pada majlis itu, Sharnaaz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1000 kepada Nabila selain memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

(Kredit Gambar: Instagram BCreative Productions @bcreative_production)

Seperti yang dipersetujui sejak awal, pasangan itu sepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran.

Sebaik saja upacara ijab dan kabul selesai, pelakon berusia 32 tahun itu tampil memberikan ucapan sambil melafazkan rasa syukur apabila majlis penuh bermakna itu berlangsung dengam sempurna.

(Kredit Gambar: Instagram BCreative Productions @bcreative_production)

"Today i become a man. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bersyukur kerana hubungan ini direstui. Saya harap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan kami.

"Saya akan berlakon seperti biasa selepas ini,"kata Sharnaaz.

(Kredit Gambar: Instagram BCreative Productions @bcreative_production)

Sementara itu Nabila memberitahu tiada sebarangan halangan untuk Sharnaaz meneruskan kerjaya seninya.

"Saya benarkan dia berlakon tapi berbatas,"ujarnya sambil merangkul tubuh suami tercinta.

(Kredit Gambar: Instagram BCreative Productions @bcreative_production)

Majlis resepsi di sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 2 April di sebuah hotel di Kuala Lumpur manakala majlis bertandang pula akan diadakan pada 8 April di Pulau Pinang.

Seminggu selepas resepsi yang terakhir, kedua mempelai ini akan terbang ke Itali untuk berbulan madu.

 
 
Comments