CLOSE
CLOSE

[Video] TMJ Kongsi 'Diari' Sebelum Jadi Presiden FAM

Satu video dimuat naik di media sosial yang menarik perhatian ramai peminat bola sepak tempatan.


  • Share:

[Video] TMJ Kongsi 'Diari' Sebelum Jadi Presiden FAM

Pemilihan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2016-2021 yang diumumkan secara rasmi pada 25 Mac lalu nyata memberi harapan baru pada arena bola sepak tempatan apabila peminat mengharapkan perubahan pada masa depan bola sepak negara khususnya pasukan Kebangsaan dapat dilakukan dengan lebih fokus.

Tunku Ismail, 33, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi Presiden FAM termuda selepas badan induk pengurusan bola sepak negara itu diterajui Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Seperti mana peminat bola sepak negara khususnya penyokong JDT cukup mengenali TMJ bukan saja mempunyai perancangan strategik dalam membangunkan pasukan JDT sehingga mencipta pelbagai kejayaan sebelum ini tetapi baginda juga sering berkongsi pandangannya menerusi media sosial seperti di Facebook.

Terbaru, satu video dimuat naik menerusi akaun Football Association of Malaysia (Official) memaparkan aktiviti TMJ sebelum tiba hari bersejarah baginda diumumkan sebagai Presiden FAM pada Sabtu lalu. Dalam video berdurasi 11.59 minit berjudul The President, baginda turut berkongsi dengan peminat 'diari' TMJ selama tiga hari sebelum majlis tersebut antaranya ketika baginda berlatih bermain bola sepak di Padang Polo dan gimnasium di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Seperti mana titah baginda dalam video itu, bola sepak adalah hak milik rakyat dan baginda sendiri bersama mereka yang berkhidmat dalam mana-mana organisasi bola sepak adalah berkhidmat untuk rakyat di negara ini.

"Apa yang mustahak persepsi orang ramai terhadap organisasi tersebut. Jadi untuk mendapat persepsi yang baik dan keyakinan yang baik kita perlu menjadi contoh pada yang lain cara menjalankan tugas dan tanggungjawab," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top