[Video] Penunggang Motosikal Terpelanting Di Persimpangan Lampu Isyarat

Satu rakaman video dikongsi pengguna media sosial.


  • Share:

[Video] Penunggang Motosikal Terpelanting Di Persimpangan Lampu Isyarat

Sikap segelintir penunggang motosikal yang tidak menunggu lampu hijau dan berhenti di petak kuning di persimpangan lampu isyarat boleh mengundang bahaya pada pengguna jalan raya lain. Mungkin pengguna sebegini menganggap ia adalah perkara biasa berlaku setiap hari dan pengguna jalan raya lain dianggap seolah tidak kisah dengan situasi merbahayakan nyawa ini.

Satu video menunjukkan satu kemalangan motosikal yang dilanggar sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai berlaku di satu persimpangan lampu isyarat di Pandan Indah, Kuala Lumpur menarik perhatian ramai pengguna selepas menjadi tular di media sosial.  

Dalam video itu menunjukkan seorang lelaki yang menunggang motosikal terpelanting selepas dilanggar sebuah kereta. Rakaman video dimuat naik pengguna, Sinji Ng di Facebook itu turut menyatakan tarikh rakaman kejadian pada 14 Mac jam 4.25 petang. Video tersebut ditonton lebih 673,000 kali dan dikongsi lebih 8,000 kali.

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top