Rojak Daily Logo

9 Sebab Mengapa Anda Perlu Baca Harry Potter and the Cursed Child

0
comments
9 Sebab Mengapa Anda Perlu Baca Harry Potter and the Cursed Child
Adakah Harry Potter and the Cursed Child sehebat francais sebelumnya? (Gambar: www.techinsider.io)

Sembilan tahun bukanlah tempoh masa yang singkat menunggu buah tangan terbaharu, kesinambungan kisah Harry Potter yang menjadi kegilaan sejak kecil karya J. K. Rowling. Sembilan tahun yang ditunggu muncul jua tetapi bukan dengan buku mahupun filem, tetapi sebuah skrip yang sarat plot dan dialog. Bagi yang menanti filem Harry Potter and the Cursed Child, Rowling mengesahkan tiada filem yang akan dikeluarkan (buat masa ini mungkin), hanya pementasan teater di London yang mungkin tidak akan sampai Malaysia. Mungkin dengan tweet tak henti seperti ini mampu mengubah keputusan Rowling, siapa tahu kan?

 

Buat peminat Harry Potter, jangan bersedih... Kami rungkaikan 9 perkara yang membuatkan anda terus asyik berimaginasi dengan skrip dan jalan cerita buku ini.

Gambar: www.harrypotterspage.com

#1 Jalan ceritanya diset 19 tahun selepas peristiwa pertempuran di Hogward dan kematian Voldemort dalam Harry Potter and the Deathly Hallows. Buku kelapan ini mengisahkan kehidupan baru Harry Potter sebagai pekerja di Ministry of Magic dan anak lelaki keduanya bersama Ginny, Albus Severus Potter.

#2 Karya kelapan ini bukanlah hasil J. K. Rowling sepenuhnya tetapi gabungan ideanya bersama Jack Thorne dan John Tiffany. Buku dalam bentuk skrip ini tidak dihasilkan dalam bentuk filem, hanya teater yang setakat ini ditayangkan di London.

#3 Selepas membaca buku, atau lebih sesuai dipanggil skrip ini... Ramai yang terfikir siapa yang dimaksudkan penulis sebagai "The Cursed Child"? Iyalah tajuk sebelum-sebelum ini menggunakan nama individu atau benda seperti Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, Harry Potter and the Goblet of Fire, Harry Potter and the Half-Blood Prince dan Harry Potter and The Deathly Hallows.

Jika buku sebelum ini watak yang diletakkan sebagai tajuk dirungkai di penghujung cerita, skrip ini tidak menerangkan dengan jelas siapa kanak-kanak yang disumpah. Pembaca ditinggalkan dengan tanda tanya adakah Delphi yang disumpah oleh ibu bapanya atau Albus, anak lelaki Harry Potter. Berkemungkinan besar juga Cedric Diggory atau mungkin Harry Potter sendiri yang masih dihambati sumpahan lalu.

#4 Peminat tegar siri Harry Potter tentunya terfikir bilakah Bellatrix Lestrange mengandung, dengan siapa dan bila waktunya dia melahirkan Delphi? Sembilan belas tahun kemudian watak Delphi ini telah berusia 20-an sedangkan Bellatrix maut dalam pertarungan di Hogwards 22 tahun sudah. Adakah anak ini lahir ketika Harry Potter and the Half-Blood Prince? Waktu ini kelibat Bellatrix tidak kelihatan waktu Snape menghapuskan Dumbledore.

#5 Lebih meninggalkan tanda tanya, bagaimana lelaki yang namanya tidak boleh disebut, Voldemort, boleh memiliki anak? Dia spesies mampu hilang seperti asap hitam, tidak mencintai mahupun dicintai, tiada memori indah dalam hidupnya selain dendam dan gelap. Siapa yang menjadi ratu hatinya dan sudi melahirkan anaknya? Bagaimana pula rupa anaknya?

#6 Semua tahu yang Harry mampu berkomunikasi dalam bahasa ular (Parseltongue) dan mempunyai parut di dahi. Dalam Deathly Hallows telah digambarkan parut ini tidak akan mengganggu Harry setelah Voldemort dimusnahkan dalam bentuk Horcrux dan Harry juga kehilangan kebolehan bercakap dengan Parseltongue. Tetapi mengapa hal sebaliknya berlaku di dalam skrip ini?

#7 Siapakah Delphi? Atau lebih tepat Diggory Delphi. Adakah dia anak Bellatrix Lestrange bersama Voldemort atau Tom Riddle? Mengapa Delphi diperkenalkan sebagai anak buah Amos Diggory? Benarkah dia anak Voldemort yang menjalankan misi mengembalikan semula hayat bapanya? Dia dibesarkan oleh Death Eater, berkeupayaan bercakap bahasa Parseltongue dan terbang tanpa menggunakan penyapu seperti bapanya.

#8 Albus sebahagian daripada Slytherin? Biar benar, Albus Potter Slytherin? Lebih mengejutkan dia berkawan dengan Scorpius Malfroy, anak lelaki Draco yang berkemungkinan besar merupakan anak Voldemort.

#9 Di mana hilangnya watak-watak lain seperti Teddy Lupin, Hugo Granger-Weasley dan Rose? Banyak watak lain yang tiba-tiba lenyap dan hilang atau langsung tidak disebut di dalam skrip...

Dengan banyak perkara tergantung, tentunya peminat menanti kesinambungan kisah Harry Potter. Namun menurut J. K. Rowling inilah penamat kepada kisah Harry. Namun terdapat banyak watak lain serta generasi baru yang mungkin akan diketengahnya. Paling hampir, Fantastic Beasts and Where to Find Them, sebuah filem yang bakal menjengah panggung sekitar November ini yang membawa anda ke era 70 tahun sebelum kehadiran Harry Potter ke Hogwarts mungkin membantu menghilangkan kebuntuan dan kerinduan anda.

Sementara menanti November, layan dulu trailer ini:

 
 
Comments