CLOSE
CLOSE

Dua Belia Malaysia Timba Pengalaman Bersama QPR

Seramai 8 peserta dipilih menyertai Klinik Kejurulatihan AirAsia - QPR di London baru-baru ini.


  • Share:

Dua Belia Malaysia Timba Pengalaman Bersama QPR
Lapan bakat muda ini menyertai kursus latihan intensif selama seminggu bersama jurulatih belia QPR bermula dari 26 Februari sehingga 5 Mac lalu termasuk perlawanan persahabatan menentang pasukan jemputan. (Gambar: AirAsia)

Menimba pengalaman termasuk berlatih bersama pasukan Liga Inggeris, kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) pastinya memberikan rasa teruja pada sesiapa saja yang meminati bola sepak. Pengalaman berharga itu diraih lapan bakat muda dari negara Asia yang diterbangkan ke London menerusi AirAsia untuk menjalani latihan khas selepas dipilih sebagai pemenang menerusi program Klinik Kejurulatihan AirAsia - QPR yang dijalankan pada penghujung tahun lepas.

Menariknya, usaha bersama AirAsia dan 'QPR in the Community Trust' ini bertujuan menyediakan platform kepada bakat tempatan mengasah kemahiran mereka bermain bola sepak. Klinik Kejurulatihan ini dikendalikan jurulatih pasukan QPR pada 23 November sehingga 3 Disember tahun lalu membabitkan lokasi di Pulau Pinang, Bangkok, Bandung dan Shenzen, China berjaya menarik minat lebih 260 belia berusia dari 14 sehingga 16 tahun mengambil bahagian.

Sepanjang program tersebut, peserta didedahkan pelbagai kemahiran termasuk teknik manipulasi bola, hantaran dan rembatan, kelas pemakanan dan aspek taktikal yang sangat berguna untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka di atas padang.

Dua peserta dari Malaysia yang terpilih adalah Mohammad Alif Amzar Mohd Hisham, 17, dan Kengo Lee, 17, bersama dua peserta dari Thailand, Parin Bunyalakha, 16 dan Sathit Sisophakiri, 15 manakala Ahludz Dzikri Fikri, 15, Hamsa Medari Lestaluhu, 14 dan Muhammad Alfiqri, 16 dari Indonesia serta Li Te, 14 (China). Dalam satu kenyataan AirAsia, lapan bakat muda ini menyertai kursus latihan intensif selama seminggu bersama jurulatih-jurulatih belia QPR bermula dari 26 Februari sehingga 5 Mac lalu termasuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan jemputan.

Lebih mengujakan, kesemua pemenang diberikan set lengkap pakaian latihan QPR dan pakaian musim sejuk termasuk jersi Klinik Kejurulatihan AirAsia - QPR dan beg duffel, sarung tangan QPR, jaket, seluar dan pakaian latihan serta topi AirAsia. Mereka juga berpeluang melawat akademi dan stadium tuan rumah kelab Loftus Road bertemu dengan pemain dan jurulatih daripada pasukan pertama.

 

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top