Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Azlan Ikut Jejak Ziana Zain Dan Jaclyn Victor

Sudah bercakap dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang.

0
comments
Azlan Ikut Jejak Ziana Zain Dan Jaclyn Victor
(Kredit Gambar: Twitter)

Rasa kesal dan kecewa. Itulah yang diungkapkan oleh Azlan Typewriter mengenai sikap penganjur konsert High Note yang bagaikan tiada usaha untuk menyelesaikan kemelut bayaran membabitkan tiga penyanyi yang terbabit iaitu dirinya, Ziana Zain dan Jaclyn Victor.

Lantaran, penyanyi itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengajur selepas dua penyanyi lain iaitu Ziana dan Jaclyn mengambil keputusan sama sebelum ini.

Bercakap kepada Rojak Daily Kaw! Azlan berkata beliau masih belum mendapat baki kira-kira 70 peratus bayaran yang dijanjikan oleh penganjur.

"Saya memang tidak berkira sebelum ini, kami semua tetap meneruskan persembahan meskipun banyak hal yang timbul.

"Kenapa masih enggan lunaskan bayaran," katanya yang sudahpun mengadakan pertemuan dengan peguamnya mengenai perkara itu.

Azlan berkata, sikap penganjur yang cuba lepas tangan juga tidak profesional dan mengainaya penyanyi terbabit yang memberikan komitmen sertaus peratus.

Konsert yang berlangsung selama tiga malam di Istana Budaya pada November tahun lalu itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk apabila penyanyi hanya dapat mendengar susunan muzik lagu hanya pada hari konsert.

Dalam perkembangan lain, bekas Mentor dalam rancangan Mentor Milenia itu melancarkan album untuk empat protegenya sebelum ini.

"Saya memang siapkan single untuk mereka dan saya sendiri mempunyai perancangan pada tahun ini," katanya.

Azlan berkata, beliau sedang merancang untuk menganjurkan konsert membabitkan bintang dari Malaysia dan Indonesia.

 
 
Comments